Touchpad Untuk Telefon Ini Mungkin Boleh Buatkan Anda Kenyang Ayam Di PUBG

Gaming mudah alih (mobile gaming) sangatlah aktif evolusinya. Sejak adanya permainan kompetetif seperti Mobile Legends, PUBG Mobile dan seangkatan dengannya, pelbagai produk dihasilkan untuk berikan anda kelebihan berbanding pemain lain. Anda boleh temui gamepad, dan lebih parah, menggunakan keyboard dan mouse bersama-sama telefon!

Tapi, MUJA, touchpad bersaiz poket pertama dunia untuk telefon, bakal berikan satu pengalaman yang unik kepada anda. Touchpad ini dilekatkan di belakang telefon dan permukaannya peka sentuhan untuk terima arahan tertentu.

MUJA dilekatkan di belakang telefon melalui suction cup

Contohnya, anda boleh programkan satu bahagian untuk menembak, dan bahagian yang lain untuk membidik. Melalui video demo yang dikongsikan, ia adalah satu aksesori yang menarik.

Walau bagaimanapun, disebabkan ia adalah produk novel yang belum pernah dihasilkan mana-mana pengeluar lain, saya agak skeptik dengan kepraktikalannya.

Yang pertamanya adalah ia bersambung dengan telefon menggunakan Bluetooth. Ia tentunya menjejaskan sambungan Wi-Fi ataupun LTE yang akan mempengaruhi latensi permainan.

Yang kedua adalah, berapakah input lag yang dimilikinya. Anda tak mahu ayam anda dicuri orang lain gara-gara terdapat sela masa antara input jari dengan gerak balas di skrin.

Yang ketiga adalah berkaitan saiznya. Telefon Android memiliki saiz yang pelbagai, adakah pengeluar hanya akan mengeluarkan versi iPhone semata-mata?

Produk ini masih dalam fasa pendanaan dan jika anda berminat, anda boleh melawat laman Indiegogo mereka.

BACA  Proton Tawarkan Kereta Dilengkapi eSIM Dan Ia Mungkin Termurah Di Malaysia