• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tinggal setahun lagi hayat Windows 7 sebelum ia dilupakan Microsoft

  • OLEH Najib
  • 12:12 pm
  • 15/01/2019
  • Komen
Tinggal setahun lagi hayat Windows 7 sebelum ia dilupakan Microsoft
Share on FacebookShare on Twitter

Windows 7 merupakan salah satu sistem operasi (OS) yang sangat berjaya buat Microsoft. Jika anda sudah lama mengikuti perkembangan OS oleh Microsoft, anda akan dapat melihat kitaran baik-buruk OS mereka.

Windows 98 merupakan salah satu OS yang digemari ramai, tapi tidak untuk Windows ME selepas itu. Ia digantikan oleh Windows XP yang turut menjadi OS lagenda keluaran Microsoft, dan mengatasi Vista yang memiliki terlalu banyak masalah.



Kemudian datang pula Windows 7 yang masih banyak digunakan hingga kini. Walaupun Windows 8 hadir selepasnya, ia masih tidak dapat menandingi kehebatan Windows 7. Sehinggalah Windows 10 dilancarkan, dan ia mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengatasi populariti Windows 7.

Tetapi setiap sistem operasi ada had sokongannya. Microsoft telah sedia memaklumkan kepada orang ramai bahawa sokongan dalam bentuk kemaskini keselamatan dan bantuan terhadap penggunaan Windows 7, akan tamat sepenuhnya pada 14 Januari 2020. Setahun dari hari ini.



Walaupun begitu, ia tidak bermaksud Microsoft tidak lagi menyediakan bantuan. Cuma, ia tidak lagi percuma dan perlu dibayar. Dan kos bantuan ini akan meningkat dari tahun demi tahun. Adalah lebih baik jika menaik taraf ke Windows 10.

Yang menjadi masalah untuk naik taraf ini bukanlah di pihak pengguna, tetapi lebih kepada syarikat dan industri. Paling mudah kita dapat melihat bagaimana, mesim ATM pun masih ada menjalankan sistem operasi yang lama. Tidak ketinggalan papan iklan digital di dalam dan luar bangunan.

@mandiricare ini sering banget error atm di griya antapani bandung. Kartu atm saya ga keluar lg skrg. pic.twitter.com/WHX9lX3uYb

— De Angel Shop (@AriD3AngeL) July 13, 2017

Masih banyak sistem-sistem yang digunakan syarikat, tidak dapat beroperasi dengan baik apabila digunakan dengan sistem operasi yang tidak direka khusus untuknya. Ini membuatkan, syarikat tidak mahu mengambil risiko sistem mereka tidak boleh digunakan atau rosak, apabila menaik taraf sistem operasi. Sudahnya, syarikat terus menggunakan sistem lama sehingga mereka mahu mengeluarkan wang membeli sistem yang baru.

Walau apa pun, terima kasih Windows 7 atas jasa dan kenangan lalu. Marilah kita bergerak ke hadapan dan menikmati Windows 10.

[Sumber: Microsoft, TheNextWeb]

Tags: MicrosoftWindows 7
Najib

Najib

POPULAR

Tinggal setahun lagi hayat Windows 7 sebelum ia dilupakan Microsoft

Tinggal setahun lagi hayat Windows 7 sebelum ia dilupakan Microsoft

15 January 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN