• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa Xperia XZ4 boleh dibayangkan dari casing ini

  • OLEH Najib
  • 3:44 pm
  • 16/01/2019
  • Komen
Rupa Xperia XZ4 boleh dibayangkan dari casing ini
Share on FacebookShare on Twitter

Dah kencang bertiup khabar tentang Sony akan melancarkan Xperia XZ4 di pameran MWC 2019 yang akan berlangsung bulan hadapan. Tetapi rupa bentuk dan rekaan telefon ini sudah boleh dibayangkan, terima kasih kepada pengeluar casing Olixar.

Sememangnya pengeluar casing menerima rekaan telefon dari pengeluar sebelum ia dilancarkan, supaya ia boleh terus dijual sejurus tamat pelancaran. Tetapi ada beberapa pengeluar casing yang membuka tempahan awal, sekaligus berkongsi rupa sebenar peranti tersebut.



Casing Olixar ini ditemui di laman web Mobile Fun. Terdapat banyak jenis casing Olixar untuk Xperia XZ4 disenaraikan di situ. Jadi, kita dapat melihat dengan jelas rupa luaran Xperia XZ4.

Panjang casing ini mengesahkan skrin Xperia XZ4 yang luar biasa panjang, dalam nisbah 21:9. Sony kekal tidak menggunakan takuk di atas, jadi ia memiliki ruang bingkai yang besar di atas dan bawah skrin.



Di belakang, dapat dilihat tiga lensa kamera yang pertama di Sony. Ia disusun menegak secara simetri, bersama dua LED Flash.

Di sisi kanan telefon, terdapat pengimbas capjari. Ini bukanlah perkara baru kerana Sony telah menggunakannya dalam beberapa model telefon pintar mereka sebelum ini. Cuma yang peliknya, terdapat butang kawalan bunyi di atasnya, dan satu butang kecil di bawah. Tidak dapat dipastikan adakah ia butang kuasa atau untuk kegunaan lain. Jauh di bawah terdapat satu lagi butang, pastinya butang kamera yang sering ada di telefon Sony Xperia.

Di bawah telefon terdapat port USB-C di tengah, dengan ruang pembesar suara. Terdapat satu lubang kecil di bawah dan atas telefon, dipercayai ruang untuk mikrofon. XZ4 dijangka tidak memiliki port audio 3.5mm, sama seperti model sebelumnya XZ2 dan XZ3.

Sony dijangka akan melancarkan Xperia XZ4 pada 25 Februari 2019, dalam satu acara yang telah disahkan semasa pameran MWC 2019. Mereka juga dijangka akan melancarkan siri XA3 dalam majlis yang sama.

Yang sedihnya, kita di Malaysia mungkin tidak akan dapat membeli peranti ini secara rasmi. Ini kerana Sony Mobile dikatakan telah menutup pejabat jualan di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Kalau nak juga, hanya boleh dapatkan set import dengan jaminan kedai sahaja. Itupun kalau dijamin.

[Sumber: MobileFun, GSMarena]

Tags: SonyXperia XZ4
Najib

Najib

POPULAR

Rupa Xperia XZ4 boleh dibayangkan dari casing ini

Rupa Xperia XZ4 boleh dibayangkan dari casing ini

16 January 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN