Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony berhasrat berhenti buat telefon Compact

Berita pemergian Sony Mobile di negara kita dan rantau Asia Tenggara masih belum habis ditangisi, kini tiba satu lagi berita duka. Sony berhasrat untuk tidak lagi menghasilkan telefon pintar flagship kecil, atau lebih dikenali sebagai siri Compact.

Sedang pengeluar lain menghasilkan versi Plus, Max, Ultra dan sewaktu dengannya untuk peranti flagship, Sony dilihat kekal mengeluarkan siri Compact. Tradisi yang bermula sejak Xperia Z1 sehinggalah ke XZ2 Compact. Malangnya, tiada versi Compact dalam siri terbaru Xperia XZ3.

Sony Xperia XZ2 Compact

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Naib Presiden Pemasaran Sony Mobile, Don Mesa dalam laporan DigitalTimes. Menurut beliau, orang ramai kini lebih berminat dengan skrin besar. Sony sekian lama mengekalkan siri Compact kerana ia lebih mudah digunakan, tetapi pengguna kini lebih gemar ruang kandungan yang besar.

Sony akan menampilkan produk baru di pameran MWC 2019. Ia bakal menjadi langkah pertama Sony ke arah hala tuju yang baru. Sony akan memberi lebih fokus kepada penggunaan kamera dan berharap ia dapat memberi kejutan kepada pengguna, tambah Don.

Gambaran rupa Xperia XZ4 dengan 3 kamera

Beliau turut menjelaskan, sedang pengeluar lain berlumba-lumba untuk menghasilkan peranti 5G, Sony tidak akan turut serta dalam perlumbaan itu. Mereka mahu menunggu teknologi tersebut matang sebelum mula mencipta peranti dengan rangkaian 5G.

Sony sebenarnya peneraju dalam pelbagai inovasi telefon pintar. Mereka antara yang terawal mengeluarkan telefon pintar kalis air, serta pembesar suara stereo. Malah, sebagai pengeluar sensor kamera telefon terbesar di dunia, mereka juga yang pelopor kepada teknologi kamera seperti rakaman video 4K dan fungsi Super Slow Motion 960 FPS. Mungkin gaya pemasaran yang tidak kena dengan pengguna membuatkan pasaran mereka merudum.

BACA  PKP tamat atau dilanjutkan akan diumumkan pada 10 April

Sony dijangka akan melancarkan Xperia XZ4 di pameran MWC 2019 bulan depan. Jika benar bagai dikata, kita akan dapat melihat sebuah kamera luar biasa di Xperia XZ4. Adakah ia mengejutkan? Kita tunggu dan lihat Sony.

[Sumber: XperiaBlog, DigitalTrends]