• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan TuneTalk SureOne jamin kuota internet khas RM1 tanpa had

  • OLEH Najib
  • 7:54 pm
  • 17/01/2019
  • Komen
Pelan TuneTalk SureOne jamin kuota internet khas RM1 tanpa had
Share on FacebookShare on Twitter

TuneTalk hari ini melancarkan pelan internet baru mereka, yang digelar SureOne. Pelan ini diperkenalkan bersama pek prabayar baru, TuneTalk Value Prepaid (TTVP). Pek prabayar baru ini menggantikan pek lama TuneTalk Buddy Prepaid.

Pek baru TTVP kekal dengan kadar panggilan 22sen/minit, 10sen/SMS dan 10sen/MMS. Tetapi kali ini ia disertakan 10GB internet asas, berkelajuan 64kbps. Pengguna TuneTalk tidak lagi dikenakan caj menggunakan internet jika tidak melanggan sebarang pelan. Tetapi jika 10GB internet asas ini habis, internet akan dipotong terus dan memerlukan pengguna melanggan pelan internet untuk kembali aktif ke internet.



Dengan pengenalan TTVP, semua pelan internet lama TuneTalk turut tidak boleh dilanggan. Pelan Datatata dan +VIBE, kini digantikan dengan pelan data #SureOne. Tarikan utama pelan #SureOne ialah pelan Chat, Social dan Music dengan kuota internet tanpa had, hanya RM1 sehari.

Pengguna TTVP boleh memilih untuk melanggan salah satu, atau kesemua tiga pelan tanpa had ini. Dengan hanya RM1/hari bagi setiap pelan Unlimited, pelanggan pelan ini akan menikmati internet tanpa had bagi penggunaan APP berikut:



  • Unlimited Chat: WhatsApp, WeChat, IMO & Viber
  • Unlimited Social: Facebook, Instagram, Twitter
  • Unlimited Music: Joox, Raku, KKBox, Hungama, Astro Radio

Pelan data baru di TTVP datang dalam bentuk harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Kesemua pelan ini datang bersama panggilan tanpa had sesama talian TuneTalk, dan internet asas 10GB.

Hanya ada satu pelan harian dan mingguan. Pelan harian berharga RM1/hari menerima 300MB internet pantas. Manakala pelan mingguan RM10 untuk 7 hari, diberikan 2GB internet pantas.

Pelan bulanan pula terdapat tiga jenis, dan disertakan bersama beberapa pelan Unlimited. Pelan bulanan 1GB berharga RM10/bulan, disertakan Unlimited Chat. Pelan bulanan 6GB pula berharga RM28/bulan, menerima pelan Unlimited Chat dan Social.

Pelan bulanan 10GB pula berharga RM48/bulan, disertakan kesemua tiga pelan Unlimited. Jika kuota internet ini tidak mencukupi, pelanggan pelan bulanan boleh membeli data tambahan 10GB berharga RM10. Bagaimanapun data tambahan ini boleh mula dilanggan selepas 1 Februari.

Pelan tahunan pula berharga RM200, memberikan 10GB internet pantas selama 12 bulan.

TuneTalk turut menyediakan pelan panggilan tanpa had ke semua talian, berharga RM30/bulan.

Pengguna TuneTalk boleh melanggan pelan internet yang diingini melalui aplikasi TuneTalk, atau menerusi SMS.

Bagi pengguna TuneTalk sedia ada di bawah pek Buddy Prepaid, anda boleh bertukar ke pek Value Prepaid secara percuma, tetapi tawaran ini sehingga 28 Februari sahaja. Selepas itu, pertukaran ke pek Value Prepaid akan dikenakan cas RM5.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web TuneTalk Value Prepaid.

Tags: SureOnetunetalk
Najib

Najib

POPULAR

Pelan TuneTalk SureOne jamin kuota internet khas RM1 tanpa had

Pelan TuneTalk SureOne jamin kuota internet khas RM1 tanpa had

17 January 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER