• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

SalamWeb Browser platform internet patuh syariah

  • OLEH Najib
  • 11:39 am
  • 17/01/2019
  • Komen
SalamWeb Browser platform internet patuh syariah
Share on FacebookShare on Twitter

SalamWeb Technologies hari ini melancarkan produk internet patuh syariah mereka, sebuah ekosistem digital yang direka khusus untuk memenuhi keperluan umat Islam seluruh dunia. Produk tersebut ialah SalamWeb Browser, SalamNews, SalamChat dan SalamSadaqah.

SalamWeb Browser ialah sebuah pelayar web yang direka dan dioptimasikan untuk memenuhi gaya hidup Islam. Pelayar ini diperakui oleh Lembaga Penyeliaan Amanie Shariah dan mematuhi Ekonomi Digital Islamik (IDE) yang ditetapkan Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC).



Antara ciri-ciri yang terdapat di SalamWeb Browser ialah penunjuk arah kiblat, senarai waktu solat dan senarai berita yang dikumpul dari sumber yang disahkan. Fungsi terpenting di dalam pelayar ini ialah SalamProtect.

SalamProtect ialah penapis kandungan yang menyesuaikan diri mengikut keperluan pengguna. Antaranya ialah kandungan yang tidak sesuai untuk pandangan umum, menyinggung perasaan dan penipuan.



Setiap laman akan ditanda melalui SalamTag, sama ada ia sesuai, berkecuali atau adil. Pengguna boleh menyumbang pendapat dengan memberi tanda SalamTag kepada laman yang dikunjungi. Ia akan membantu meningkatkan kebolehan menapis kandungan SalamProtect.

SalamSadaqah pula adalah satu ciri mengutip dana untuk membantu mereka yang memerlukan. Hanya dengan membuat carian atau menandakan laman web dengan SalamTag, derma akan dimasukkan ke dalam SalamSadaqah.

SalamWeb kini dilancarkan di Malaysia, dan boleh digunakan di seluruh dunia. Pelayar SalamWeb boleh dimuat turun di Apple AppStore dan Google Playstore. Maklumat lanjut boleh ditemui di alamat www.salamweb.com.

Tags: SalamWeb
Najib

Najib

POPULAR

SalamWeb Browser platform internet patuh syariah

SalamWeb Browser platform internet patuh syariah

17 January 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN