• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan

  • OLEH Najib
  • 1:20 pm
  • 18/01/2019
  • Komen
Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah menerima wang untuk membuat ulasan produk, menjadi duta untuk promosi, atau mengiklankan jenama di media sosial anda? Jika wang yang diterima itu melebihi RM5,000 sebulan, maka anda perlu mengisytiharkannya dan membayar cukai pendapatan.

Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategorikan sebagai kerjaya. Oleh itu mereka yang terbabit perlu mengisytiharkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.



Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.

Tidak susah untuk LHDN mengesan individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan sebegini. Ini kerana LHDN boleh melihat transaksi yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang membayar perkhidmatan individu berkenaan. Syarikat juga perlu mengisytiharkan cukai pendapatan mereka dan akan berkongsi maklumat ke mana wang mereka dibelanjakan.



Kanak-kanak di bawah umur juga tidak terlepas. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai. Dalam hal sebegini, ibu bapa atau penjaga perlu bertanggungjawab mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh oleh anak-anak di bawah umur.

LHDN kini sedang mengadakan Program Khas Pengakuan Sukarela yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan melalui pembentangan Belanjawan 2019. Ia bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan. Program ini berjalan sehingga 30 jun 2019, melayakkan mereka menikmati kadar penalti yang rendah iaitu hanya 10% dan 15% atas amaun cukai yang perlu dibayar.

[Sumber: Harian Metro, Mstar]

Tags: CukaiInstafemes
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan

Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan

18 Januari 2019

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER