• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube haramkan muat naik video yang membahayakan diri dan penonton

  • OLEH Najib
  • 9:31 pm
  • 18/01/2019
  • Komen
YouTube haramkan muat naik video yang membahayakan diri dan penonton
Share on FacebookShare on Twitter

Platform video YouTube baru-baru ini mengemaskini polisi kandungan merbahaya yang diharamkan dari dimuat naik ke platform mereka. Larangan terbaru kini menambah video cabaran merbahaya dan boleh meragut nyawa, dari dimuat naik ke YouTube.

Video yang dilarang ini termasuk video prank atau cabaran, yang boleh mengakibatkan kematian atau/dan telah mengakibatkan kematian dalam sesuatu masa. Video yang membawakan kepada kecederaan fizikal juga tidak dibenarkan.



Selain itu, prank yang bersifat membuli dan merbahaya yang boleh membawa kepada kemurungan dan kecederaan emosi kepada kanak-kanak, turut termasuk dalam senarai larangan di YouTube.

YouTube kini dalam proses membuang video yang termasuk dalam senarai larangan terbaru mereka. Pembuat kandungan di YouTube, diberi masa selama dua bulan untuk menilai semula dan membuang kandungan sebelum larangan ini berkuat kuasa.



Larangan ini dibuat dipercayai selepas cabaran BirdBox yang diinspirasikan dari filem bertajuk sama, semakin popular dan dikongsikan di media sosial. Cabaran ini membuatkan seseorang membuat pelbagai perkara sambil mata ditutup dan diikat dengan kain. Ada yang membuat perkara sangat berbahaya seperti memandu sambil mata tertutup. Satu kemalangan berkaitan telah dilaporkan di Utah, Amerika Syarikat.

Cabaran yang berbahaya lain yang dilaporkan juga adalah seperti Kiki Challenge, di mana seseorang menari di tepi kenderaan mereka yang bergerak sendiri.

Tarian Kiki Challenge

[Sumber: CNN]

Tags: BirdBoxYouTube
Najib

Najib

POPULAR

YouTube haramkan muat naik video yang membahayakan diri dan penonton

YouTube haramkan muat naik video yang membahayakan diri dan penonton

18 January 2019
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN