fbpx

Anda Bakal Nikmati Internet Terpantas Di Asia Tenggara Sebelum 2022

Kemas kini 22 Januari 2019 4:16pm

Pihak Datin Sri. Dr. Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan melalui laman Twitter-nya yang ucapan berkaitan EM-IIG tidak pernah mendapat kelulusan daripada pihaknya. Beliau juga memaklumakn yang menggunakan namanya tanpa kebenaran adalah perkara yang serius.


Itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkaitan projek Enhanced Malaysia International Internet Gateway (EM-IIG) yang dijangka siap sekitar 2022.

Menurut sumber, projek yang menelan belanja RM5.45 billion itu akan menarik kabel fiber dari Hong Kong untuk disambungkan ke Malaysia melalui beberapa lokasi seperti:

  • Bintulu (Sarawak)
  • Papara (Sabah)
  • Penggerang (Johor)
  • Batu Maung (Pulau Pinang)
  • Batu Kawan (Pulau Pinang)
  • Tok Bali (Kelantan)

Peta kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dengan Internet luar [sumber]

Kemudian, dari Malaysia, Xiddig akan meneruskan sambungan kabel fiber ke India, Sri Langka, dan seterusnya Jeddah.

EM-IIG bukanlah satu benda baru. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, apabila menjadi TPM dalam tahun 2016 pun mengumumkan perkara yang sama.  . Kemudian, Xiddig Cellular Communications Sdn. Bhd. telah dianugerahkan projek EM-IIG itu pada Ogos 2017.

[Sumber: MalaysiaKini, gambar pemuka]

BACA  Microsoft kembali dengan video serba baru untuk perli Apple