• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 3.1 Plus hiburan maksima bajet minima

  • OLEH Najib
  • 4:25 pm
  • 23/01/2019
  • Komen
Nokia 3.1 Plus hiburan maksima bajet minima
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti kelas bajet kini memasuki era transformasi. Jika dulu yang murah bersaiz kecil, kini semakin banyak peranti bersaiz besar memiliki harga yang amat mampu milik. HMD Global menyertai trend ini dengan memperkenalkan Nokia 3.1 Plus, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.

Paling menarik, Nokia 3.1 Plus ialah salah satu peserta Android One. Ia memberikan pengguna antaramuka asli Android tanpa ubahsuai, di samping jaminan kemaskini pantas untuk sistem operasi selama dua tahun dan kemaskini keselamatan selama tiga tahun. Ia juga menikmati pebagai kelebihan dari Google, seperti simpanan foto berkualiti percuma tanpa had.



Besarnya Nokia 3.1 Plus amat dirasai melihatkan skrinnya bersaiz 6-inci, malah tiada takuk. Ini dipadankan dengan resolusi HD+ dalam nisbah panjang 18:9. Ia ditambah lagi dengan bateri amat besar, berkapasiti 3,500mAh, dikatakan boleh bertahan sehingga dua hari dengan sekali caj.

Prestasi kelas pertengahan boleh dianggarkan kerana Nokia 3.1 Plus dilengkapi cip MediaTek Helio P22. Ia digandingkan dengan RAM 3GB dan storan 32GB, boleh diluaskan lagi 400GB melalui kad mikroSD.



Kamera di belakangnya dwi-lensa, dengan lensa utama 13MP F2.0 manakala lensa kedua 5MP F2.4. Ia berkeupayaan untuk mengambil gambar bokeh dengan tahap kekaburan berbeza. Untuk kamera hadapan, ia dibantu lensa 8MP F2.2.

Seperti peranti Nokia lain, Nokia 3.1 Plus memiliki badan diperbuat dari aluminium, dengan kerangka logam die-cast yang kukuh. Ia dihiasi dengan kemasan matte dengan sentuhan potongan berlian dan kaca melengkung, untuk memberi rasa selesa dipegang dalam tangan.

Nokia 3.1 Plus didatangkan dalam warna Biru dan ia dijual di Malaysia mulai 25 Januari 2019. Telefon ini boleh didapati di semua pengedar sah Nokia di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM699. Sempena pelancarannya, hadiah percuma berupa sarung telefon tahan lasak, pelindung skrin tempered glass dan powerbank 5200mAh bernilai RM109, turut diberika percuma, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nokia 3.1 Plus.

Tags: NokiaNokia 3.1 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Nokia 3.1 Plus hiburan maksima bajet minima

Nokia 3.1 Plus hiburan maksima bajet minima

23 January 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN