Olympus Umum E-M1X Tapi Tak Banyak Bezanya Dengan E-M1 II

Kali terakhir siri kamera flagship Olympus diumumkan adalah pada 2016 dengan OM-D E-M1 Mark II. Hari ini, merekamemperkenalkan E-M1X yang nampak gah, tapi atas helaian spesifikasi, ia nampaknya masih gunakan komponen utama tiga tahun yang lalu.

Contohnya, sensor yang digunakan pada kamera ini adalah 20.4MP, bilangan piksel yang sama seperti model yang tiba terlebih dahulu. EVF-nya miliki 2.36 bintik piksel, sama seperti seblumnya.

Pada sudut fizikaliti, rupanya memang gempak. Badannya besar macam ada grip terpasang padanya. Taburan butang-butang di sekelilingnya mirip model yang tiba terlebih dahulu.

Badan yang besarnya dimanfaatkan sebaiknya. Ia boleh memegang 2 buah bateri yang menurut Olympus, memberikan kira-kira 2,580 keping gambar.

Pensabil imej dalam badan, sesuatu yang unik pada Olympus tetap ada tapi macam ditambah baik. Ia menawarkan kestabilan sehingga 7.5 stops jika menggunakan lensa yang bersesuaian. Untuk mudahkan anda ambil gambar, paparan LCD-nya boleh dikilas dalam menghadap anda.

Sistem pemfokusan E-M1X ada titik fokus yang sama dengan EM-1 II dengan 121 titik kontras. Tapi penambahbaikkan pada firmware-nya memberikan keupyaan mengesan objek-objek seperti kapal terbang, kereta, dan kereta api.

Ditujukan pada penembak genre sukan, ia boleh mencapai 15 bingkai sesaat untuk pengatup fizikal dan sehingga 60 fps untuk pengatup elektronik. Sekiranya anda gunakan untuk videografi, ia mampu merakam video [email protected] dan [email protected]

Oympus OM-D E-M1X akan menemui peminatnya penghujung Februari 2019 pada harga USD 3,000 (RM12,245) untuk badan sahaja. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  OnePlus 7 akan datang dalam 3 perisa berbeza