• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 7 mula tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:37 am
  • 28/01/2019
  • Komen
Redmi Note 7 mula tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi baru mengumumkan Redmi sebagai satu subjenama di bawah mereka, yang akan bergerak sendiri dalam mengeluarkan dan memasarkan model baharu. Model pertama di bawah jenama baru ini ialah Redmi Note 7 dan kini, ia telah kelihatan dijual di Malaysia.

Bagaimanapun, ia bukanlah set rasmi Malaysia sebaliknya ia adalah set import yang dibawa masuk dari China. Salah satu pekedai yang ditemui telah menjualnya ialah Mobile 2 Go.



?READY STOCKS! Xiaomi Redmi Note 7!
[Android 9.0 (Pie); MIUI 10 | Snapdragon 660]

?4GB RAM + 64GB ROM @ RM1038
?6GB RAM…

Posted by Mobile 2 Go – PJ Signature Store on Thursday, 24 January 2019

Terdapat dua versi Redmi Note 7 yang dibawa masuk Mobile 2 Go, kedua-duanya dengan storan 64GB tetapi RAM berbeza. RAM 4GB dijual pada harga RM1,038 manakala RAM 6GB pula RM1,138.

Tetapi semakan di laman web Mobile 2 Go menyaksikan harganya telah dikurangkan menjadi RM998 bagi RAM 4GB dan RM1,098 bagi RAM 6GB. Untuk perbandingan, harganya di China ialah RMB1,199 (~RM724) untuk RAM 4GB dan RMB1,399 (~RM845) bagi RAM 6GB.



Terdapat 3 pilihan warna, tetapi hanya warna hitam terdapat untuk versi RAM 4GB. Bagi RAM 6GB pula, warna biru dan merah disediakan.

Redmi Note 7 adalah telefon pintar yang dilihat mampu menjadi raja kelas pertengahan, dengan bajet di bawah RM1,000. Ia diperkasa cip pemproses Snapdragon 660, RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 64GB.

Ia adalah telefon Redmi Note pertama dengan port USB-C, sambil mengekalkan bateri berkapasiti 4,000mAh. Telefon ini juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 tetapi pengecas dijual berasingan.

Skrinnya berukuran 6.3-inci HD Penuh, bersama takuk kecil titisan air yang memuatkan kamera hadapan 13MP. Ia juga telefon Redmi pertama dengan kamera belakang 48MP, dengan lensa kedua 5MP.

Redmi Note 7 masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah. Ia juga menerima kad mikroSD untuk storan tambahan, dalam slot hibrid bersama kad sim nano.

Kehadiran Redmi Note 7 bakal memberi saingan sengit buat Realme 2 Pro dan ASUS ZenFone Max Pro 2, kerana kedua-duanya menggunakan pemproses Snapdragon 660 dengan harga sekitar RM1,000.

Tags: Mobile 2 Goredmi note 7xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Redmi Note 7 mula tiba di Malaysia

Redmi Note 7 mula tiba di Malaysia

28 Januari 2019
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER