• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo tawar data booster 3x lebih pada harga sama

  • OLEH Najib
  • 9:44 pm
  • 29/01/2019
  • Komen
Yoodo tawar data booster 3x lebih pada harga sama
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja Yoodo mengumumkan 20GB data percuma untuk bermain PUBG, hari ini mereka mengumumkan satu lagi tawaran istimewa. Yoodo kini menawarkan data booster 3x lebih banyak dari biasa.

Sebelum ini, 1GB data booster atau data tambahan, berharga RM8. Manakala data tambahan terbanyak, 8GB berharga RM32. Tetapi promosi 3x data Booster yang bermula dari hari ini sehingga 28 Februari 2019, memberikan pengguna 3x data lebih banyak pada harga yang sama.



Dalam promosi ini, RM8 memberikan 3GB data booster. RM15 pula akan menerima 9GB data. Pilihan paling mahal, RM32 pula memberikan 24GB data booster.

Tetapi sebelum pengguna dapat membeli data booster 3x ini, pengguna perlu memiliki data asas. Ia boleh dilanggan dari serendah RM12 untuk 1GB, atau paling banyak RM98 untuk 100GB.



Adalah lebih baik, membeli data asas terendah kemudian membeli data booster lebih banyak. Contohnya, data asas 5GB berharga RM25 sebulan. Tetapi jika anda membeli data asas 2GB berharga RM12 bersama booster RM8 sebanyak 3GB, anda hanya perlu membayar RM20 untuk 5GB data. Jimat RM5.

Kalau langgan data asas 20GB pula, perlu membayar RM48 sebulan. Tetapi gabungan data asas 2GB RM12 dan data booster 24GB RM32, hanya perlu membayar RM46 dan mendapat data sebanyak 26GB. Jimat RM2 dan dapat 6GB lebih data.

Bila nak melanggan data asas tu, jangan lupa dapatkan sekali 20GB data PUGB secara percuma.

Satu lagi, promosi data add-on RM1 untuk 20GB Instagram, Facebook, YouTube dan WhatsApp akan tamat pada 31 Januari 2019 dan kembali ke harga asal. Jika ada melanggan add-ons ini, sila batalkan langgan sebelum kitaran bil akan datang. Kalau tak, ia akan diperbaharui secara automatik dan dicaj harga asal.

Yoodo masih memberikan kad sim secara percuma dan ia datang bersama kredit RM20 juga percuma. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yood0, boleh mendaftar di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi 3x data booster ini, layari laman web Yoodo Data 3x.

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo tawar data booster 3x lebih pada harga sama

Yoodo tawar data booster 3x lebih pada harga sama

29 January 2019
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN