• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook Dilapor Biadab, Tak Amanah Dengan VPN Mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:28 am
  • 31/01/2019
  • Komen
Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan
Share on FacebookShare on Twitter

Virtual Private Network (VPN) adalah perkhidmatan yang sering digunakan untuk melangkau firewall Internet sekiranya ingin mengakses laman tertentu yang dihalang oleh penyedia Internet (ISP) anda. Sungguhpun selamat daripada dihidu pihak luar, masalah penyedia VPN itu sendiri yang tak “amanah” menyebabkan anda masih terdedah kepada risiko keselamatan. Ini adalah kes “harapkan pegar, pegar makan padi”!

APP yang dikatakan menjadi ladang data Facebook



Ada satu kontroversi yang sedang hangat dibincangkan di Internet berkenaan onavo, perkhidmatan VPN percuma yang telah diambil Facebook pada tahun 2013. Facebook mengekspoitasi onavo dengan melihat data yang mengalir melalui onavo, sedangkan matlamat sebenar VPN adalah kerahsiaan.

Salah satu permainan kotor Facebook yang berjaya dikesan adalah apabila mereka berjaya mengintip aktiviti pengguna di Snapchat, pesaing Facebook, dan melancarkan Instagram Stories, fungsi yang hampir sama ditemui pada Snapchat bagi kekal bersaing.



Facebook meminta kebenaran mengakses data di telefon

Tapi paling baru adalah Facebook mempakejkan semula VPN itu dibawah Project Atlas. Ia menghimpunkan semua peralatan-peralatan yang akan digunakan Facebook untuk memungut data daripada anda bagi tujuan analisis.

Facebook sangguh membayar USD20 kepada pengguna yang sanggup menyertai Project Atlas dan memberi Facebook akses kepada hampir semua kandungan telefon peserta.

Menyedari sikap biadap Facebook itu, Apple sudahpun melenyapkan aplikasi yang berkaitan di App Store dan memansuhkan lesen Enterprise Developer Program yang membolehakn Facebook menerbitkan APP di App Store tanpa perlu proses penyaringan dari Apple.

Apa pendapat anda tentang isu perladangan data ini?

[Sumber: TechCrunch]

Tags: Facebookkeselamatan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER