• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

#KhabarBaik bonus 8GB di pascabayar Unifi mobile dan 90 hari DimSum percuma

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 01/02/2019
  • Komen
#KhabarBaik bonus 8GB di pascabayar Unifi mobile dan 90 hari DimSum percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi telah mengadakan majlis pelancaran #KhabarBaik, sebagai satu langkah memperkenalkan lebih banyak tawaran yang lebih baik buat pengguna. Prabayar Unifi Mobile telah ditawarkan 8GB data bonus dan pelan bulanan tanpa had, pengguna pascabayar dan jalur lebar di rumah juga tidak dilupakan.

#KhabarBaik Pascabayar Unifi Mobile

Sama seperti pelan prabayar, pascabayar juga ditawarkan dengan data bonus 8GB. Untuk pengguna pelan tanpa had Unifi Mobile 99, data 8GB ini diberikan dalam bentuk kuota hotspot. Ia sebagai tambahan kepada kuota hotspot 10GB sedia ada, bermakna jumlah kuota hotspot menjadi 18GB. Tawaran ini diberikan selama dua bulan.



Bagi pelan pascabayar Unifi Mobile lain dari RM19 hingga RM59, bonus 8GB ini dimasukkan ke dalam kuota penggunaan biasa. TM tidak menyatakan adakah ia untuk rangkaian 4G LTE atau 3G. Tetapi melihatkan tawaran di prabayar, besar kemungkinan 8GB ini ialah untuk kegunaan 4G LTE sahaja. Data bonus ini juga diberikan selama dua bulan.

#KhabarBaik perlu ditebus menerusi angpau

Sayangnya promosi 8GB ini tidak boleh terus diperolehi. Pengguna perlu mendapatkan angpau terlebih dahulu. Angpau Unifi ini akan diedarkan menerusi surat khabar dalam bentuk iklan yang akan disiarkan dalam beberapa hari ini, ataupun boleh didapati di TM Store.



Kemudian, pengguna perlu membawa iklan keratan akhbar tersebut ke TM Store untuk ditukar kepada data bonus 8GB. Jika tidak, pengguna juga ada pilihan untuk menebusnya menerusi laman web. Ini apa yang dimaklumkan kepada media di majlis #KhabarBaik lepas.

Anda boleh merujuk video di bawah di minit 00:47:00 mengenai cara menebus data bonus 8GB ini.

Langkah menebus data bonus ini dilihat sangat menyusahkan pengguna. Berbanding mahu memberi hadiah secara terus sempena Tahun Baru Cina, pengguna perlu berusaha mendapatkan akhbar atau pergi ke TM Store untuk mendapatkannya.

Ia jauh berbeza dengan tawaran syarikat telekomunikasi lain yang memberikan data bonus percuma, terus kepada pengguna. Seperti promosi YouTube 88GB HotlinkMU dan bonus 15GB TuneTalk.

#KhabarBaik DimSum untuk Unifi Home

Nasib baik, promosi yang ini tak susah seperti di atas. Bagi pelanggan jalur lebar tetap Unifi Home, anda akan menerima akses premium DimSum selama 90 hari secara percuma.

Mudah sahaja untuk mengaktifkannya. Muat turun aplikasi DimSum di telefon pintar. Kemudian pastikan peranti di sambung ke WiFi Unifi Home dan lancarkan aplikasi. Anda akan dimaklumkan tentang akses premium percuma.

Selepas tamat tempoh 90 hari, TM akan menawarkan langganan premium DimSum pada kadar diskaun RM10/bulan, berbanding harga biasa RM13.90/bulan. Ia akan dicaj ke dalam bil Unifi Home.

Selain itu, pengguna Unifi TV boleh menonton saluran berbahasa Cina secara percuma, dari 1 hingga 8 Februari 2019. Ia boleh diakses menerusi Set-Top-Box ataupun di aplikasi Unifi PlayTV.

Tags: DimSumkhabarbaikUnifi
Najib

Najib

POPULAR

#KhabarBaik bonus 8GB di pascabayar Unifi mobile dan 90 hari DimSum percuma

#KhabarBaik bonus 8GB di pascabayar Unifi mobile dan 90 hari DimSum percuma

1 February 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER