• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa produk yang Xiaomi akan lancarkan di MWC 2019?

  • OLEH Najib
  • 5:45 pm
  • 12/02/2019
  • Komen
Apa produk yang Xiaomi akan lancarkan di MWC 2019?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengesahkan penyertaan mereka dalam pameran mudah alih terbesar dunia, Mobile World Congress atau MWC 2019. Ia akan diadakan di Barcelona, Sepanyol dari 25 hingga 28 Februari 2019.

Bagaimanapun, Xiaomi mengambil masa sehari lebih awal untuk memperagakan produk baru mereka. Kad jemputan tersebut menyatakan, majlis pelancaran produk baru Xiaomi ini akan diadakan pada hari Ahad, 24 Februari 2019 di Barcelona.



Dari kad jemputan ini, sukar untuk mentafsirkan apakah produk baru Xiaomi ini. Ia hanya menunjukkan gambar orang berlari keluar, mungkin dari kain penutup. Sekali pandang, mungkin mengenai rangkaian yang sangat lagi, merujuk kepada 5G.

Banyak cakap-cakap mengatakan Xiaomi akan memperkenalkan telefon pintar 5G pertama mereka. Perkara ini telah diterangkan Xiaomi semasa pelancaran Mi MIX 3 tahun lepas, di mana ia akan memasang 5G di Mi MIX 3 dan bakal dilancarkan tahun ini. Mungkin MWC 2019 adalah platform untuk Mi MIX 3 5G lahir ke dunia.



Check out this little teaser from one of our co-founders Lin Bin @binlin_xiaomi .

What would be your first Tweet on your #5G smartphone? pic.twitter.com/hWEyzHjNMI

— Xiaomi (@Xiaomi) November 30, 2018

Tetapi khabar yang lebih menarik ialah berkenaan telefon pintar boleh lipat Xiaomi. Bukan satu tetapi ia boleh dilipat dua. Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Presiden Xiaomi, Lin Bin di Weibo.

Dalam video tersebut, Lin Bin menggunakan sebuah peranti bersaiz segi empat sama. Kemudiannya ia boleh dilipat di dua sisi. Skrin yang dilipat ini tersimpan kemas di belakang.

https://youtu.be/w3-aDOMI6Mk

Laman LetsGoDigital berkongsi lakaran gambar 3D telefon boleh lipat Xiaomi, berdasarkan video yang ditunjukkan oleh Lin Bin seperti di bawah. Ia satu konsep lebih menarik dari satu kali lipat.

Adakah telefon boleh lipat ini akan diperkenalkan Xiaomi di MWC nanti? Ia nampak lebih menarik dari telefon 5G. Harapnya produk yang benar-benar memberi impak besar akan dilancarkan Xiaomi pada 24 Februari nanti.

[Sumber: BGR, LetsGoDigital]

Tags: MWC 2019xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Apa produk yang Xiaomi akan lancarkan di MWC 2019?

Apa produk yang Xiaomi akan lancarkan di MWC 2019?

12 February 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN