• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna baru Honor 8X mula dijual di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 8:15 pm
  • 13/02/2019
  • Komen
Apa maksud petunjuk misteri dari Honor Malaysia ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini menjawab persoalan misteri yang terpapar di Facebook mereka beberapa hari lepas. Seperti yang kami jangka, ia adalah warna baru untuk telefon pintar Honor 8X, dipanggil Phantom Blue.

Warna Phantom Blue ialah warna gradien biru dan ungu seperti Twilight di Huawei P20 Pro. Ia menyertai pilihan warna sedia ada di Malaysia iaitu Biru, Hitam dan Merah.



Menariknya, tiada kenaikan harga untuk warna baru ini. Ia kekal dengan harga biasa RM949.

Orang ramai boleh membeli pilihan warna baru ini bermula 15 Februari 2019, eksklusif dalam talian di Stor Online HiHonor, serta di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee. Honor 8X Phantom Blue boleh dibeli stor Honor Experience di seluruh Malaysia, bermula 16 Februari 2019.



Honor 8X adalah peranti yang sesuai untuk mereka yang perlukan storan besar dengan prestasi kelas pertengahan di bawah RM1,000. Ia memiliki pemproses Kirin 710, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Peranti ini juga menyokong kad mikroSD sehingga 400GB.

Skrin Honor 8X seluas 6.5-inci, HD Penuh dengan takuk di dahi. Kameranya dwi-lensa 12MP+2MP di belakang, dan 16MP di hadapan. Baterinya sebesar 3,750mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Tags: honorhonor 8X
Najib

Najib

POPULAR

Apa maksud petunjuk misteri dari Honor Malaysia ini?

Warna baru Honor 8X mula dijual di Malaysia minggu ini

13 February 2019
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN