Kalau Masih Khuatir Untuk Beli Pokémon Let’s Go, Versi Demo Sudah Ada

Pokémon: Let’s Go, Pikachu! dan Pokémon: Let’s Go, Eevee! dilancarkan pada pertengahan November 2018. Ia adalah permainan yang dihasilkan semula berdasarkan Pokémon Red dan Pokémon Blue tahun 1996. Tapi, ketika pelancarannya, tiada versi demo dikeluarkan untuk anda mencubanya sebelum beli.

Tapi hari ini, sekiranya anda masih khuatir untuk mendapatkan senaskah Pokémon: Let’s Go, anda boleh mainkan versi demonya.

Untuk bersi demo, anda boleh merasai sebahagian kecil permainan ini seperti menangkap Pokémon, bertarung dengan pelatih yang lain sehingga ke Viridian Forest. Walaupun ia agak terhad, versi demo pastinya akan menarik lebih ramai pemain yang masih ada di atas pagar dek pandangan skeptik mereka terhadap permainan ini.

Harga Pokémon: Let’s Go di gedung dalam talian Nintendo buat masa ini adalah USD 59.99 (RM 243.90). Tidak hairanlah versi demonya diumumkan walaupun selepas sekian lama dilancarkan.

[Sumber: Nintendo]

BACA  Menangi Mi 9 Transparent Edition dengan menonton majlis pelancaran Mi 9