fbpx

Set rasmi Black Shark akan tiba di Malaysia bulan ini

Dunia gaming mudah alih di Malaysia semakin rancak. Hari ini Black Shark, jenama telefon pintar gaming di bawah Xiaomi, diberitakan akan masuk ke Malaysia secara rasmi tidak lama lagi.

Perkara ini diumumkan oleh DirectD, salah satu pengedar peranti terkemuka di Malaysia. Jualan awal Black Shark akan dibuat secara eksklusif di DirectD.

Hanya satu model Black Shark dimaklumkan akan tiba, dalam dua jenis konfigurasi dengan harga seperti berikut:

  • RAM 6GB RAM + Storan 64GB – RM1,599
  • RAM 8GB RAM + Storan 128GB – RM1,799

Kepada yang berminat, tempahan awal boleh dibuat bermula sekarang di mana-mana cawangan DirectD, dengan membayar deposit RM100. Stok dijangka tiba pada 25 Februari 2019 dan baki bayaran boleh dibuat sewaktu telefon diambil. Ia akan datang bersama GamePad asli Black Shark.

Black Shark adalah telefon pintar berkuasa tinggi, dikuasakan cip pemproses Smapdragon 845 dengan sistem penyejukan cecair. Ia memiliki skrin sebesar 5.99-inci HD Penuh.

Speaker stereo yang terus menerjah bunyi ke muka pengguna adalah satu ciri terbaik bermain game padanya. Tetapi, Black Shark membuang jek audio 3.5mm, perlukan adaptor atau fon kepala Bluetooth untuk mendengar bunyi peribadi.

Bateri sebesar 4,000mAh dimuatkan di dalamnya dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui port USB-C.

Bagi kamera, ia dipasang dwi-lensa di belakang gabungan sensor RGB 12MP F1.75 dan sensor monokrom 20MP F1.75. Bagi swafoto, ia menggunakan sensor F2.2 bagi kamera hadapan.

Kepada yang berminat, boleh mula menempah sekarang dengan RM100 deposit di mana-mana cawangan atau di laman web DirectD. Baki bayaran boleh dibuat apabila mengambil peranti, bermula 25 Februari 2019.

BACA  Redmi Note 8 Pro dengan kamera 64MP mula dijual di Malaysia