• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EOS RP Full Frame 2019 Termurah Setakat Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:50 pm
  • 14/02/2019
  • Komen
EOS RP Full Frame 2019 Termurah Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Canon Malaysia hari ini mengumumkan EOS RP, kamera kedua dalam keluarga EOS R. Jika anda terlupa, EOS R adalah siri kamera full frame mirrorless pertama daripada Canon untuk bersaing dengan kamera seperti Sony α7 dan Nikon Z.

EOS RP ada sensor full frame 26.2MP



Canon memaklumkan yang EOS RP akan menjadikan produk kamera mereka lebih kompetetif dalam arena mirrorless. Tambah menarik, ini adalah kamera full frame paling ringan Canon setakat ini, hanya 440g.

Pada fizikaliti, perbezaan paling ketara antara EOS RP dengan EOS R adalah pada ketiadaan panel OLED monokrom. Hal ini menjadikan kamera ini sedikit kompak.



Daripada segi spesifikasi, EOS RP adalah versi Lite kepada EOS R yang diumumkan September 2018 yang lalu.

Ia memiliki sensor 26.2 MP CMOS berbanding 30.3 MP pada saudaranya terdahulu. Namun begitu, cip pemproses imejnya tetap yang terkini. Ada DiGiC 8 pada papan utamanya.

Port I/O yang boleh ditemui pada bahagian sisi badan

Pada kemampuan pengimejan, ia boleh melakukan tangkapan selanjar sehingga 5 bingkai sesaat bersama-sama fungsi autofokus yang aktif.

Jika anda ingin gunakan RP untuk video, ia tetap ada ciri 4K pada kadar sehingga 30 fps ataupun 50 fps pada 720p.

Untuk membidik gambar, EVF-nya memiliki panel OLED 2.36 MP dengan kadar segar semula tinggi. Selain Sony, belum kebanyakkan pengeluar lain masih kekal dengan panel LCD yg lebih murah. Seperti biasa, skrin Canon EOS RP boleh dikilas keluar dan menggunakan panel LCD 1.04MP yang peka sentuhan.

Sungguhpun kamera ini tak hadir dengan ciri-ciri gempak, tanda harganya pasti menggusarkan pesaing yg lain. Untuk kamera tahun 2019, ini adalah full frame termurah setakat ini iaitu RM5,999. Bersama-sama kit lens 24-105mm, ESO RP diletakkan pada harga RM10,999. Jika anda berminat untuk memilikinya, ia akan menemui anda seawal Mac 2019.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

https://www.youtube.com/watch?v=8hH1mJlnzZM

Tags: canonCanon RP
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
EOS RP Full Frame 2019 Termurah Setakat Ini

EOS RP Full Frame 2019 Termurah Setakat Ini

14 February 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN