• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab lancar khidmat despatch atas permintaaan, GrabExpress

  • OLEH Najib
  • 11:50 am
  • 14/02/2019
  • Komen
Grab lancar khidmat despatch atas permintaaan, GrabExpress
Share on FacebookShare on Twitter

Grab kini mengumumkan secara rasmi perkhidmatan baru mereka, GrabExpress. Ia menyediakan servis penghantaran surat, bungkusan serta hadiah menggunakan platform sedia ada Grab.

Servis GrabExpress sebelum ini berada di peringkat ujian sejak tahun lepas, dengan kawasan perkhidmatan terhad di Bangsar, Kuala Lumpur City Centre dan KL Sentral. Setelah rasmi, ia boleh digunakan untuk penghantaran ke lokasi lebih meluas termasuk Petaling Jaya, Cheras, Sri Petaling, Klang, Rawang sehingga ke Putrajaya.



Caj yang dikenakan ialah RM1 untuk setiap kilometer jika jarak di bawah 20KM, dan RM2 untuk setiap kilometer jika jarak lebih 20KM. Caj minima untuk menggunakan GrabExpress ialah RM10. Bermakna, penghantaran untuk jarak kurang dari 10KM akan dikenakan bayaran RM10.

GrabExpress juga boleh digunakan untuk penghantaran pelbagai lokasi, sehingga lima tempat penghantaran dalam satu tempahan. Perkara ini sesuai untuk perniagaan kecil seperti penjual Instagram dan Carousell. Menurut Grab, servis GrabExpress dilindungi insuran sehingga RM500 untuk setiap surat dan bungkusan.



Laman GrabExpress menerangkan, pengguna boleh menghantar surat, bungkusan makanan (tidak mudah rosak, tidak beku dan tidak rapuh), serta barangan yang dibungkus di dalam kotak atau beg. Bagaimanapun, mereka tidak boleh menghantar binatang hidup dan barangan yang dianggap merbahaya, terlarang dan mudah rosak. Power bank juga tidak dibenarkan.

Pengguna boleh mendapatkan harga caj penghantaran sebelum membuat tempahan, sama seperti menggunakan servis pengangkutan Grab. Ia turut menyediakan penjejak pakej masa nyata untuk penghantar dan penerima.

Untuk membuat tempahan, ia boleh dilakukan dari aplikasi Grab yang sama yang boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore. Sebagai promosi pengenalan, pengguna pertama kali boleh mendapatkan diskaun RM5 dengan memasukkan kod promo GRABEXPRESS. ia terhad untuk 1,000 pengguna pertama sahaja.

Maklumat lanjut tentang servis baru Grab ini boleh didapati di laman rasmi GrabExpress.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: GabExpressGrab
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Grab lancar khidmat despatch atas permintaaan, GrabExpress

Grab lancar khidmat despatch atas permintaaan, GrabExpress

14 February 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN