• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes dan Facebook Akan Mulakan Pandu Uji Teknologi Internet Baru Di Penang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:11 am
  • 14/02/2019
  • Komen
Yes dan Facebook Akan Mulakan Pandu Uji Teknologi Internet Baru Di Penang
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menangani masalah liputan Internet yang terhad di tempat yang berkepadatan tinggi, YTL Communications akan memulakan ujian teknologi Internet baru di Pulau Pinang. Teknologi Internet yang dimaksudkan adalah Terragraph, sesuatu yang dibangunkan oleh Facebook.

Bezanya Internet daripada Terragraph berbanding 4G LTE adalah ia tidak menggunakan pemancar besar yang dipacak tinggi. Sebaliknya, kelengkapan Terragraph adalah besarnya seperti router Wi-Fi di rumah anda dan ia dipasang rendah di tiang-tiang lampu jalan.



Contohnya di setiap persimpangan jalan akan ada 1 Terragraph dan mereka akan saling berhubung membetuk jaringan mesh (mesh network) dan peranti yang ingin berhubung pada Internet dari Terragraph akan berhubung dengan node terhampir dengannya secara automatik.

Contoh jaringan mesh Terragraph



Beberapa kelebihan Terragraph berbanding 4G LTE adalah proses pemasangan yang pantas kerana modul pemancar yang kecil dan bermobiliti tinggi. Kemudian, ia memancar pada frekuensi 60 Ghz, spektrum yang tidak perlu lesen tetapi masih dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.

Contoh modul Terragraph

YTL akan melakukan ujian di Pulau Pinang dalam beberapa hari lagi dan dijangkakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh akan hadir di majlis tersebut.

Maklumat lanjut Terragraph boleh didapati di laman rasmi mereka.

Tags: FacebookPulau PinangterragraphYES
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Yes dan Facebook Akan Mulakan Pandu Uji Teknologi Internet Baru Di Penang

Yes dan Facebook Akan Mulakan Pandu Uji Teknologi Internet Baru Di Penang

14 February 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN