Terragraph Sediakan Internet 1Gbps Percuma Untuk Warga Georgetown

Warga pulau Pinang hari ini boleh berbangga kerana pada hari ini, YTL communication telah melancarkan ujian beta untuk teknologi internet terbaru yang dinamakan terragraph. Kita adalah negara asia pertama dan kedua di dunia untuk mencuba teknologi yang dikatakan setanding dengan fiber optik.

Contuh pemancar Terragraph

Pemancar Terragraph di pasang tinggi

Terdapat beberapa manfaat yang cuba diketengahkan oleh Terragraph, produk yang dibangunkan oleh Facebook ini.

Oleh sebab ia menggunakan node-node sebesar router Wi-Fi di rumah andabyang dipasang pada “street furniture” seperti lampu jalan, penyedia internet tak perlu melakukan sebarang aktiviti menggali ataupun menggerudi untuk memasang kabel optik.

Kepantasan Internet melebihi 1Gbps

Selain penjimatan, hal ini juga penting lebih-lebih lagi untuk pekan Georgetown yamg terletak di bawah program tapak warisan UNESCO. Melakukan sebarang perubahan pada struktur asal banggunan adalah hampir mustahil.

Node yang dipasang ini akan menghasilkan jaringan mesh yang bermandiri dengan cara menentukan laluan data paling optimum melaluinya. Ia mewujudkan infrastruktur yang lebih utuh berbanding LTE dan gentian fiber.

Dalam ujian kelajuan, Terragraph beroleh kelajuan muat naik dan turun melebihi 1Gbps pada kepantasan ping kurang dari 30ms, sesuatu yang baik untuk teknologi wayarles.

Bermula 1 Mac ini sehingga 6 bulan kemudian, Terragraph akan membuka ujian ini kepada pengguna luar secara percuma. Sekiranya anda berada dalam kawasan liputan, anda boleh menikmati akses Internet berkelajuan tinggi. Untuk para peniaga pula, anda boleh memohon dari YTL untuk pemasangan node ini pada premis anda.

Walau bagaimanapun, butiran tentang bagaimana anda boleh berhubung dengan Wi-Fi masih belum ada,

BACA  OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dan Bateri 4,000mAh Diumumkan