fbpx

CEO Telekom Malaysia Sendiri Turun Padang Bantu Proses Pembatalan Servis

Menamatkan langganan servis sesuatu perkhidmatan sepatutnya tidak perlukan proses yang menjerihkan. Tapi itulah yang berlaku pada seorang pelanggan Telekom Malaysia yang ingin menamatkan langganan perhidmatan sehinggakan CEO TM sendiri, Tuan Imri Mokhtar turun padang untuk melicinkan proses itu.

Ceritanya bermula dengan anak pemilik akaun TM yang ingin menamat perkhidmatan atas sebab pemiliknya sudah berpindah alamat. Oleh sebab masalah kesihatan beserta faktor usia, ayahnya yang berusia 88 tahun itu tidak mampu bergerak jauh untuk lakukan urusan-urusan rasmi.

Bagi memenuhi syarat-syarat pembatalan perkhidmatan TM, anaknya menghantar notis pembatalan 30 hari lebih awal.

Gambar yang diutus pengadu

Dia bertanyakan pada pihak TM sekiranya bolehkan dia berurusan bagi pihak ayahnya. Tapi, TM memaklumkan yang pemilik akaun perlu hadir. Jika diwakilkan, perlu ada surat pengesahan tentang ketakdayaan daripada doktor.

Hari ke 25 selepas notis dihantar, dia membawa ayahnya ke outlet TMPoint di Bandar Sunway, outlet terhampir dengan rumahnya. Bukan sahaja outlet itu tak mesra orang berkerusi roda, dia masih gagal menyelesaikan urusan. Rupa-rupanya, TMpoint itu cumalah pengedar sah dan tak boleh lakukan urusan pembatalan servis dia perlu ke outlet TMPoint Taipan untuk melakukan pembatalan tersebut.

Pada tahap itu, ayahnya tidak mampu lagi meneruskan urusan dan anaknya terpaksa membawanya pulang. YB Gobind Singh sudah ambil maklum tentang isu ini dan menegur TM untuk lebih peka dengan keadaan pelanggannya.

Apakah pendapat anda tentang pengalaman salah sorang pelanggan TM? Adakah anda miliki pengalaman yang serupa?

BACA  TM lancar pemain media Android untuk pelanggan Unifi dengan keupayaan 4K, Cast dan Google Playstore

[Sumber: Malaysian Insight, gambar pemuka]