• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis akan perkenal eSIM untuk iPhone XR, XS dan XS Max minggu depan

  • OLEH Najib
  • 7:07 pm
  • 23/02/2019
  • Komen
Maxis akan perkenal eSIM untuk iPhone XR, XS dan XS Max minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis mungkin akan menjadi yang pertama memperkenalkan eSIM di iPhone, mendahului XOX yang mahu melancarkannnya pada 27 Februari nanti. Dalam emel berkenaan tempahan awal siri Galaxy S10 di Maxis, mereka turut menyertakan maklumat berkenaan eSIM.

Menurut emel tersebut, Maxis eSIM akan membolehkan telefon pintar iPhone XR, XS dan XS Max menikmati fungsi dwi-sim di telefon, akhirnya. Ia dikatakan akan terdapat di semua stor Maxis di seluruh Malaysia, bermula 25 Februari 2019.



Klik di butang Find Out More membawa ke laman web Maxis eSIM. Bagaimanapun, tiada maklumat tentang eSIM iPhone, sebaliknya ia hanya bercerita tentang eSIM untuk Huawei Watch 2.

Ini menunjukkan, Maxis telah lama memiliki teknologi eSIM. Tetapi ia pasti menantikan kelulusan dari Apple terlebih dahulu, sebelum boleh digunakan di iPhone.



Perkara ini sama juga semasa rangkaian 4G mula-mula diperkenalkan, di mana semua syarikat telekomunikasi perlu mendapat kelulusan dari Apple, sebelum rangkaian 4G mereka boleh digunakan di iPhone.

Dengan kelulusan yang diterima oleh XOX dan Maxis ini, sudah pasti kita akan melihat telko lain mengumumkan eSIM untuk iPhone di rangkaian mereka tidak lama lagi. Akhirnya, iphone di Malaysia boleh menikmati fungsi dwi-sim di telefon pintar.

[Sumber: Maxis]

Tags: eSimiphonemaxis
Najib

Najib

POPULAR

Maxis akan perkenal eSIM untuk iPhone XR, XS dan XS Max minggu depan

Maxis akan perkenal eSIM untuk iPhone XR, XS dan XS Max minggu depan

23 February 2019
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN