• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate X buka lipatan baru dalam sejarah telefon

  • OLEH Najib
  • 10:07 pm
  • 24/02/2019
  • Komen
Huawei Mate X buka lipatan baru dalam sejarah telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di Barcelona, Huawei hari ini memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat keluaran mereka, Huawei Mate X. Ia kini menyertai Samsung yang telah melancarkan Galaxy Fold awal minggu ini.

Jika Galaxy Fold membuka lipatan untuk akses ke skrin lebih besar di dalam, Mate X menggunakan konsep berbeza. Skrin yang sama di luar, dibuka lipatan untuk menjadikannya lebih besar. Skrin ini sebenarnya dilipat dari depan ke belakang.



Apabila dilipat, pengguna boleh menggunakan skrin depan sebesar 6.6-inci dan skrin belakang 6.38-inci. Apabila lipatan dibuka, ruang skrin yang boleh digunakan menjadi seluas 8-inci.

Bukan mudah sebenarnya nak melipat skrin. Huawei mengambil masa selama tiga tahun untuk mencipta engsel yang sangat kompleks untuk menjadikan Mate X sangat nipis, dan dilipat rata tanpa kembung.



Skrin ini tiada takuk atau lubang. Ia hanya memiliki satu ruang kamera, di sisi belakang. Untuk memgambil swafoto, ia menggunakan skrin belakang

Kuasa pemproses tertinggi digunakan untuk Mate X. Ia dikuasakan cip Kirin 980 yang digandingkan dengan modem 5G Balong 5000. Ini menjadikan Mate X sedia digunakan dengan rangkaian 5G. RAM sebanyak 8GB dan storan dalaman 512GB disertakan.

Sayangnya, baterinya hanya sebesar 4,500mAh untuk mengekalkan kenipisan badannya. Tetapi, Huawei memberi pengecas baru terpantasnya, SuperCharge 55W.

Huawei Mate X ditawarkan dalam satu warna sahaja, iaitu Interstellar Blue. Ia akan mula dijual bermula pertengahan tahun 2019, bergantung pada kesediaan syarikat telekomunikasi. Harga jualan yang diletakkan ialah EUR2,299 (~RM10,625).

Adakah Huawei akan menjual telefon ini di Malaysia nanti? Kalau nak tunggu 5G di Malaysia, memang lambat lagilah nampaknya. Tapi, ada ke yang nak beli dengan harga ni?

Kenalinya dengan lebih lanjut menerusi pengalaman kami menggunakan Huawei Mate X dalam video di bawah ini.

Tags: HuaweiMate XMWC 2019
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Huawei Mate X buka lipatan baru dalam sejarah telefon

Huawei Mate X buka lipatan baru dalam sejarah telefon

24 February 2019
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER