• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO umum teknologi kamera 10x zum lossless akan tiba suku kedua 2019

  • OLEH Najib
  • 1:23 am
  • 24/02/2019
  • Komen
OPPO umum teknologi kamera 10x zum lossless akan tiba suku kedua 2019
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO, salah satu dari 5 pengeluar utama telefon pintar di dunia hari ini berkongsi tentang teknologi yang bakal mereka perkenalkan di telefon pintar. Oppo akan melancarkan telefon dengan teknologi kamera 10x zum lossless serta rangkaian 5G, pada telefon pintar mereka tidak lama lagi.

Hari ini, mereka mempertontonkan kepada media dua teknologi yang diperkatakan tadi. Ia dihasilkan oleh makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) Oppo sendiri.



Oppo bekerjsama dengan Qualcomm untuk mengaktifkan 5G di telefon pintar mereka. Telefon 5G pertama dari Oppo akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 855 dengan modem X50 5G.

Untuk ini juga, Oppo komited untuk menjadikan telefon pintar nya realiti dengan kerjasama dari syarikat telekomunikasi, antaranya Swisscom, Telstra, Optus dan Singtel.



Bagi kamera dengan teknologi 10x zum lossless, ia bukan satu angan-angan buat Oppo. Ini kerana mereka telah merancang akan melancarkan telefon pintar dengan teknologi ini, pada suku kedua tahun ini. Bermakna, sebelum bulan Julai.

Oppo mencipta teknologi 10x zum lossless dengan menggandingkan tiga-lens. Gabungan lensa utama, telefoto dan sudut-ultra-lebar. Ia diperkasa dengan Penstabil Imej Optikal (OIS) pada lensa utama dan telefoto untuk mencapai ketepatan tertinggi tanpa gegaran.

Sebelum ini, Oppo pernah cuba memperkenalkan teknologi kamera dengan 5x zum pada tahun 2017 di pameran MWC juga. Tetapi ia tidak muncul di mana-mana telefon pintar keluaran Oppo.

Adakah teknologi 10x zum ini akan menjadi kenyataan? Kita tunggu ketibaan bulan Julai, dapatkah Oppo mengotakan janjinya kelak.

Tags: 10x zumMWC 2019oppo
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
OPPO umum teknologi kamera 10x zum lossless akan tiba suku kedua 2019

OPPO umum teknologi kamera 10x zum lossless akan tiba suku kedua 2019

24 Februari 2019
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER