fbpx

Pelajar Universiti, Rebut Peluang Untuk Jadi Duta HONOR

HONOR Malaysia kini sedang bersiap sedia untuk mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi mencari Youth Ambassador untuk produk HONOR mereka. Oleh sebab itu, mereka menyeru siswa-siswi di kampus-kampus terpilih seluruh semenanjung Malaysia untuk menyertai pencarian HONOR Malaysia Youth Ambassador 2019.

Antara yang dipertaruhkan adalah slot dua slot (1 lelaki, 1 perempuan) untuk menjadi duta kecil HONOR Malaysia, sebuah telefon Honor 10 Lite, dan sejumlah wang tunai. Paling menarik, pemenangnya akan menjadi muka depan untuk semua bahan promosi produk HONOR yang berkaitan!

Yang anda cuma perlu lakukan adalah mencari lori HONOR 10 Lite Selfie dengan merujuk pada jadual kembara mereka. Kemudian, anda perlu mengambil gambar selfie dan upload di Facebook/Instagram bersama-sama hashtag #honormyidol.

Langkah seterusnya adalah untuk memviralkan gamabr itu untuk memungut sebarapa banyak like. Dua gambar daripada setiap kampus yang terima hadiah eksklusif serta dinobatkan sebagai “raja” dan “permaisuri” kampus.

Mereka akan bersaing di peringkat kampus untuk merebut takhta sebagai Youth Ambassador bersama-sama “raja” dan permaisuri” kampus yang lain. Pemenang akan diumumkan di Facebook HONOR Malaysaia.

BACA  Honor Band 5 Sport Edition pembantu kecergasan yang lebih ringan dan murah