AMARAN, Honor mahu kurangkan baki akaun bank anda selepas dapat gaji

Honor Malaysia hari ini kembali dengan tawaran menarik untuk membeli telefon pintar mereka. Ia diadakan bersempena hujung bulan, di mana kebanyakan pekerja baru menerima pendapatan bulanan mereka dan masih memiliki 4 angka di dalam baki akaun bank.

Jualan istimewa Hari Gaji Honor diadakan dari hari ini, 25 Februari sehingga 3 Mac 2019. Semua tawaran ini boleh didapati online, di laman HiHonor Malaysia.

Kebanyakan peranti terbaru Honor menerima tawaran eksklusif dalam promosi 7 hari ini. Selain hadiah percuma, potongan harga turut diberikan untuk masa terhad. Lebih menarik lagi, orang ramai juga boleh memenangi baucer percuma menerusi pusingan roda bertuah.

Antara yang menerima diskaun ialah Honor 10 Lite 3+32GB yang berharga RM699 sahaja, dan disertakan juga hadiah percuma. Manakala Honor Play, menjadi peranti Kirin 970 pertama di bawah RM1,000. Untuk gelang pintar Honor Band 3, harganya tidak sampai RM100.

Senarai tawaran yang disediakan promosi Hari Gaji Honor adalah seperti berikut:

Model Harga Asal Harga Promosi Hadiah Percuma
(Selagi Stok Masih Ada)
HONOR 8X
(Black)
RM949 HONOR Band 3 + Kotak Hadiah
bernilai RM119
HONOR 10 Lite 3+32GB
(Midnight Black/Sky Blue)
RM749 RM699 Botol Kaca HONOR + Beg Boleh Lipat
HONOR 10 Lite 3+64GB
(Shiny Red/Sapphire Blue)
RM799 Botol Kaca HONOR + Beg Boleh Lipat
HONOR View20 6GB+128GB
(Sapphire Blue/Midnight Black)
RM1,999 HONOR Band 4
bernilai RM149
HONOR View20 8GB+256GB
(Phantom Blue Moschino)
RM2,499 HONOR Band 4
bernilai RM149
HONOR Play
(Navy Blue/Ultra Violet)
RM1,099 RM999
HONOR Band 4
(Black)
RM149 Baucer hihonor bernilai RM30
HONOR Band 4 Running
(Red/Green)
RM79 Baucer hihonor bernilai RM30
HONOR Band 3
(Black)
RM119 RM98

Layari segera laman web HiHonor untuk mendapatkan tawaran dan promosi Hari Gaji Honor Malaysia sekarang.

BACA  Kempen ganti bateri Huawei dan Honor hanya RM99 bermula hari ini