fbpx

Matebook X Pro 2019 diperkasa dengan OnHop

Selain telefon dengan skrin boleh lipat Mate X, Huawei turut memperkenalkan beberapa produk lain di majlis pelancaran di Barcelona. Antaranya ialah laptop Huawei Matebook X Pro 2019, menggantikan model yang sama tahun lepas dengan pelbagai perkakas yang lebih berkuasa.

Matebook X Pro yang baru mengekalkan rupa premium dengan skrin FullView yang menawan. Badannya diperbuat dari besi unibodi dengan kemasan sandblast premium untuk rasa yang licin. Beratnya hanya 1.33kg sahaja. Dua warna boleh dipilih antara Mystic Silver dan Space Gray.

Skrin Matebook X Pro berukuran 13.9-inci dengan resolusiUltra 3000×2000. Dengan bingkai super nipis, ia memiliki nisbah skrin-ke-badan setinggi 91%. Skrin ini menyokong sehingga 10 sentuhan serentak, serta yang pertama di dunia menyokong Finger Gestures Screenshot, memberi lebih banyak cara baru untuk berinteraksi dengan laptop.

Sudah pasti, prestasi terbaru dipasang ke dalam Matebook X Pro yang baru. Ia kini dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i7-8565 atau Core i5-8265, bersama cip grafik NVIDIA GeForce MX250. RAM pula boleh dimuatkan antara 8GB dan 16GB, serta storan dari jenis SSD sehingga 1TB.

Berkongsi fail antara telefon pintar dan laptop ini boleh diuruskan dengan mudah dan pantas menggunakan Huawei Share 3.0 OneHop. Dengan telefon pintar yang serasi, pengguna hanya perlu menyentuh pada pelekat Huawei Share di laptop dan fail yang ditetapkan akan dihantar ke laptop. begitu juga sebaliknya. Teks yang mahu di copy-and-paste juga boleh dialihkan menggunakan cara ini. Ia agak menyerupai fungsi Apple Airdrop.

Cara tradisi penghantaran data masih disediakan. 1 port penuh USB-A dan dua port USB-C dengan kuasa Thunderbolt, bersama jek audio 3.5mm terdapat pada Matebook X Pro. Kuasanya disalurkan melalui port USB-C, memudahkan pengguna membawa kabel yang sama untuk mengecas peranti lain.

BACA  Jualan Merdeka ke-62 Oppo bagi diskaun khas untuk warga emas

Pengguna boleh menggunakan sistem keselamatan biometrik, melalui pengimbas capjari yang diterapkan ke dalam butang kuasa. Juga atas sebab privasi, Huawei mengekalkan kamera hadapannya tersimpan di dalam butang kekunci. Ia boleh dikeluarkan dan disimpan semula bila tidak digunakan.

Huawei Matebook X Pro 2019 akan dijual dengan harga dan spesifikasi berikut:

  • Core i5-8265, RAM 8GB, Storan 512GB, GeForxe MX250 – EUR1,599 (~RM7,381)
  • Core i7-8565, RAM 16GB, Storan 1TB, GeForxe MX250 – EUR1,999 (~RM9,229)

Maklumat lanjut tentang laptop baru Huawei ini boleh di dapati dilaman produk Huawei Matebook X Pro 2019.