fbpx

Sony Mengebut Semula Siri Flagship Dengan Xperia 1

Siri Xperia XZ adalah penawaran telefon flagship daripada Sony dan untuk tahun 2019, ia telah dijenamakan semula dengan hanya nombor sahaja, bermula dengan Xperia 1. Ia telah dilancarkan di MWC 2019 dan memiliki banyak perbezaan berbanding XZ3 (2018).

Paling ketara adalah pada nisbah aspek paparan yang telah dipanjang dari 16:9 ke 21:9 yang menjadikan telefon ini nyata lebih panjang berbanding telefon yang lain. Bagi memanfaatkan ciri unik itu, Sony mengenakan paparan 4K HDR OLED yang menurut mereka adalah pertama di dunia dalam sebuah telefon.

Tiada notch kelihatan pada bahagian muka kalau anda tertanya-tanya. Untuk tidak membazir ruang, Xperia 1 ada speaker stereo untuk melengkapkan pengalaman bermultimedia anda.

Pada bahagian kamera pula, telefon ini adalah yang pertama dengan konfigurasi trikamera belakang. Berikut adalah spesifikasi teknikal kamera belakang Xperia 1:

  • Kamera 1: 12MP 26mm (biasa) F1.6 EIS/OIS
  • Kamera 2: 12MP 16mm (ultralebar) F2.4
  • Kamera 3: 12MP 52mm (telefoto) F2.4 EIS/OIS

Kamera depan pula hanya ada sensor 8MP dengan bukaan apertur F2. Tapi menurut Sony, sistem pengimejannya dikuasakan pemproses imej Bionz X (mobile), teknologi yang hampir serupa seperti barisan kamera Sony.

Spesifikasi Sony Xperia 1

Paparan6.5"
4K UHD
PemprosesSnapdragon 855
RAM6GB
Storan128GB
Boleh Diperluas
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
Kamera belakang12MP 26mm (biasa) F1.6 EIS/OIS
12MP 16mm (ultralebar) F2.4
12MP 52mm (telefoto) F2.4 EIS/OIS
Kemera depan8MP F2.0
Bateri3,330mAh
USB-PD

Dengan segala teknologi canggih yang ada pada Xperia 1, Sony hanya membekalkan bateri berkapasiti 3,330mAh sahaja dan tiada pengecasan wayarles seperti yang boleh ditemui pada XZ2 (2017).

BACA  Unifi AIR jalan penyelesaian untuk pengguna Streamyx?

Sony Xperia 1 dijadualkan diumumkan pada 18 Mac 2019 pada harga yang belum diumumkan. Tapi memandangkan Sony agak lemau di Malaysia, peluang untuknya tiba ke pasaran kita nampaknya tipis. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.