fbpx

Sony Xperia 10 dan 10 Plus Duduki Kategori Midrange Telefon 2019

Tidak tertakluk kepada flagship, telefon kelas pertengahan juga menerima perubahan pada segi penamaan. Jika kelas pertengahan ada Xperia XA, kini ia hanya gunakan nombor dan dua ahli pertama yang gunakan sistem penamaan baru adalah Xperia 10 dan 10 Plus.

Xperia 10 & 10 Plus

Meneliti pada helaian spesifikasi, mereka berdua berada dalam kelas pertengahan bawah. Xperia 10 dan X10 Plus amat serupa binaannya antara satu sama lain.

Xperia 10 & 10 Plus hampir sama pada rupa

Tapi X10 Plus ada kelebihan berbanding yang lagi satu kerana ia menggunakan CPU yang lebih baru iaitu Snapdragon 636. Disamping itu, ia juga ada bateri sedikit besar iaitu 3,300mAh serta paparan HD Penuh pada keluasan 6.0″ pada nisbah 21:9, sama seperti Xperia 1.

Bersama-sama CPU itu, ia dibekalkan RAM 4GB dan storan 64GB. Storannya boleh diperluas sehingga 512GB melalui slot hibrid.

Xperia 10 & 10 Plus ada dwikamera belakang tapi berbeza spesifikasi

Xperia X10 pula dibekalkan CPU Snapdragon 630 bersama-sama RAM 3GB dan storan 64GB yang boleh diperluas. Baterinya lebih kecil berbanding X10 Plus iaitu 2,870 sahaja.

Seperti X10 Plus, Xperia X10 juga miliki paparan memanjang 21:9 tapi berkeluasan lebih kecil pada 6.0″ HD Penuh.

Spesifikasi Sony Xperia 10 Plus

Paparan6.5"
FHD
PemprosesSnapdragon 636
RAM4GB
Storan64GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
Kamera belakang12MP
8MP
Kemera depan8MP
Bateri3,000mAh

Spesifikasi Sony Xperia 10

Paparan6.0"
FHD
PemprosesSnapdragon 630
RAM3GB
Storan64GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
Kamera belakang13MP
5MP
Kemera depan8MP
Bateri2,870mAh

Di jabatan pengimejan, Xperia 10 Plus miliki dwikamera belakang dengan kombinasi sensor 12MP dan 8MP. Kamera depan pula sekuasa 8MP. Di belah Xperia X10, ia juga ada dwikamera belakang dengan kombinasi 13MP dan 5MP. Selfie diambil mengguakan kamera 5MP.

BACA  Versi Kompak Xperia 1 Diumumkan Di IFA 2019 Dengan Nama Xperia 5

Xperia L3

Xperia L3 adalah satu-satunya produk yang masih mengekalkan skim penamaanya dan kekal berada dalam kelas bajet. Ia ada CPU Helio P22 yang bergandingan bersama RAM 3GB dan storan 32GB.

Untuk penawaran Sony tahun 2019, hanya Xperia L3 tidak memiliki paparan CinemaWide 21:9. Sebaliknya ia kekal di 18:9 dengan keluasan 5.7″ HD.

Spesifikasi Sony Xperia L3

Paparan5.7"
HD+
PemprosesHelio P22
RAM3GB
Storan32GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
Kamera belakang13MP
2MP
Kemera depan8MP
Bateri3,300mAh

Di bahagian belakang telefon ada dua kamera masing-masingnya diberikan sensor 13MP dan 2MP. Untuk kamera depan, ia diberikan sensor 8MP dengan bukaan apertur F2.0.

Bila ia akan memasuki Malaysia?

Seperti Xperia 1, Sony tidak mengumumkan harga kesemua produk yang diumumkan mereka di MWC 2019, apatah lagi jika ia akan memasuki Malaysia.