• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SanDisk perkenal kad mikroSD terbesar dan terpantas di dunia

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 26/02/2019
  • Komen
SanDisk perkenal kad mikroSD terbesar dan terpantas di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

SanDisk kini telah berjaya memampatkan storan 1TB ke dalam kad memori mikroSD yang amat kecil. Bermakna, peranti mudah alih anda kini boleh diluaskan storannya dengan tambahan ruangan sehingga 1TB. Tak termasuk iPhone.

Kad memori SanDisk Extreme UHS-I 1TB ini dikatakan adalah yang terpantas di dunia dan ia diperkenalkan di pameran Mobile World Congress (MWC) 2019. Ia memiliki kelajuan membaca sehingga 160MB/s dan kelajuan menulis sehingga 90MB/s. Tetapi ia bukanlah dari standard microSD Express yang baru diumumkan dalam pameran yang sama.



Sandisk memperkenalkan dua jenis storan untuk model Extreme ini. Selain 1TB, ia juga terdapat dalam storan 512GB. Kad memori ini diiktiraf dengan Application Performance Class A2, memastikan ia boleh melancarkan dan menjalankan aplikasi dengan pantas dan tanpa lengah, jika aplikasi di pasang di dalam kad memori.

Kad memori ini akan mula berada di pasaran sekitar bulan April hadapan, dengan harga jualan USD449.99 (~RM1,830) untuk storan 1TB dan USD199.99 (~RM815) untuk storan 512GB. Maklumat lanjut tentangnya boleh didapati di laman produk Sandisk Extreme microSDXC.



Tags: 1TBmicroSDSanDisk
Najib

Najib

POPULAR

SanDisk perkenal kad mikroSD terbesar dan terpantas di dunia

SanDisk perkenal kad mikroSD terbesar dan terpantas di dunia

26 February 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN