• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM1000 untuk unit kedua Galaxy S10 di hari pertama jualan

  • OLEH Najib
  • 9:08 pm
  • 02/03/2019
  • Komen
Diskaun RM1000 untuk unit kedua Galaxy S10 di hari pertama jualan
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Samsung Galaxy S10 akan mula dijual di Malaysia pada 8 Mac 2019. Samsung akan turut mengadakan promosi jelajah di tiga lokasi bagi meraikan jualan hari pertamanya.

Lebih menarik lagi, Samsung menawarkan diskaun RM1,000 untuk pembelian unit kedua mana-mana telefon pintar dari siri Galaxy S10. Bagaimanapun, ia terhad kepada 500 pelanggan pertama sahaja.



Tiga lokasi jelajah tersebut ialah di MidValley Megamall Kuala Lumpur, Quensbay Mall Pulau Pinang dan Aeon Tebrau City Johor Bahru. Bagaimanapun, tidak pula dimaklumkan berapakah pembahagian unit mengikut lokasi nanti.

Semua model Galaxy S10 yang dijual di Malaysia layak dalam promosi ini. Selain diskaun RM1,000 untuk unit kedua, pembeli juga akan menerima hadiah percuma berupa Samsung Galaxy Buds, Samsung Galaxy Watch Active serta pelan perlindungan skrin, bergantung kepada model telefon yang dibeli.



Tetapi promosi ini hanya untuk unit yang dibeli terus dari Samsung Experience Store atau peniaga biasa, bukannya dari syarikat telekomunikasi. Pembelian unit kedua juga harus dibuat pada hari yang sama, dalam satu resit yang sama.

Untuk rujukan, harga jualan Galaxy S10 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy S10e (128GB) — RM2,699
  • Samsung Galaxy S10 (128GB) — RM3,299
  • Samsung Galaxy S10+ (128GB) — RM3,699
  • Samsung Galaxy S10+ (512GB) — RM4,599

Maklumat lanjut tentang promosi dan jelajah ini boleh dirujuk di laman web Galaxy S10 Roadshow. Kenali lebih lanjut mengenai semua model Galaxy S10 menerusi video kami di bawah.

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM1000 untuk unit kedua Galaxy S10 di hari pertama jualan

Diskaun RM1000 untuk unit kedua Galaxy S10 di hari pertama jualan

2 March 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER