• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

6 bulan sasaran ujian rintis rangkaian 5G di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:15 pm
  • 04/03/2019
  • Komen
6 bulan sasaran ujian rintis rangkaian 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia akan memulakan ujian rintis rangkaian 5G bermula April ini, bertempat di Putrajaya dan Cyberjaya. Dalam tempoh itu, syarikat telekomunikasi serta pemain industri berkaitan akan mengendalikan ujian teknologi 5G masing-masing dengan dibantu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. 5G atau rangkaian mudah alih generasi kelima adalah teknologi baharu yang bakal menggantikan teknologi 4G, yang mula diperkenalkan pada 2009, dengan kelajuan 100 kali lebih pantas daripada 4G.



Menurut Gobind, tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi pelaksanaan ujian berkenaan. Tetapi beliau berharap, dalam tempoh enam bulan, satu petunjuk baharu dapat dihasilkan melalui percubaan itu.

Beliau turut menjawab persoalaan berkenaan kebimbangan infrastrutur 5G boleh membuka ruang kepada kebocoran maklumat dan pengintipan. Katanya, soal keselamatan merupakan keutamaan kerajaan dalam membuat semua keputusan termasuk aspek penggunaan dan pembangunan infrastruktur teknologi baharu. Kerajaan tidak boleh menolak fakta bahawa dunia kini bergerak ke arah teknologi 5G yang diperakui menawarkan lebih banyak pilihan dalam perkhidmatan yang disediakan.



“Kami mahu menyediakan infrastruktur yang boleh diakses, berkualiti tinggi, kos yang munasabah namun pada masa sama kami juga mahu menyediakan infrastruktur yang selamat. Soal keselamatan mendapat perhatian tertinggi dalam pertimbangan kami dan inilah sebabnya SKMM sedang dalam proses untuk mengkaji infrastuktur 5G,” tambah beliau, merujuk kepada kajian yang sedang dijalankan SKMM berkenaan isu pembinaan infrastruktur 5G oleh Huawei, syarikat telekom gergasi dari China.

Dari kenyataan ini, besar kemungkinan kita tidak akan dapat melihat rangkaian 5G dilancarkan secara rasmi di Malaysia untuk tahun ini. Tetapi bagi mereka yang mahu mencuba, Putrajaya dan Cyberjaya adalah lokasi untuk ujian rintis 5G bermula April nanti. Jika ada telefon 5G, mungkin signal 5G boleh mula dilihat sepanjang tempoh ujian di sana.

https://youtu.be/WkWyWxXQ3EM

[Sumber: Sinar Harian, @GobindSinghDeo]

Tags: 5gSKMM
Najib

Najib

POPULAR

6 bulan sasaran ujian rintis rangkaian 5G di Malaysia

6 bulan sasaran ujian rintis rangkaian 5G di Malaysia

4 March 2019
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN