fbpx

Banyak diskaun dan hadiah percutian di Pesta Peminat Realme di Shopee

Anda terlepas jualan Super Ekslusif Realme di Lazada sebelum ini? Jangan risau, Realme kini bekerjasama dengan Shopee untuk mengadakan jualan istimewa yang lebih besar. Ia akan diadakan selama dua hari, pada 6 & 7 Mac 2019 hanya di Stor Rasmi Realme di Shopee.

Festival Peminat Realme ini bukan sahaja menawarkan diskaun untuk produk Realme di Shopee, malah peminat berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah. Hadiah utama berupa percutian ke dua hotel terkemuka di Port Dickson, Hotel Lexis dan Hotel Grand Lexis.

Untuk memenangi baucer penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 orang di Sky Pool Villa di Hotel Grand Lexis bernilai lebih RM2,300, peminat perlu membeli mana-mana telefon pintar Realme dalam tempoh promosi. Kemudian, kongsikan gambar bukti pembelian ke Facebook dan sertakan tagar #RealmeFansFes. Pastikan post tersebut ditetapkan ke Public.

8 orang pemenang akan dipilih secara rawak menerusi cabutan bertuah. Pemenang akan diumumkan di Facebook Realme Malaysia.

Manakala dua pembeli terbanyak pada hari promosi nanti, boleh memenangi percutian 2 hari 1 malam untuk 2 orang di Premium Tower Seaview, Hotel Lexis bernilai lebih RM800.

Selain itu, Shopee akan mengadakan peraduan khas di Facebook dan Instagram yang menyediakan hadiah percutian di Hotel Lexis Port Dickson. Peminat Realme boleh mengikuti Facebook Shopee dan Instagram Shopee untuk maklumat lanjut.

Paling penting dalam promosi ini, ialah diskaun untuk pembelian produk Realme. Selain telefon pintar, Realme turut menjual fon telinga, beg dan t-shirt. Berikut ialah harga istimewa sepanjang dua hari promosi:

Produk Harga Asal Harga Promosi
Realme C1
2GB + 16GB
RM449 RM399
Realme C1
2GB + 32GB
RM469
Realme 2
3GB + 32GB
RM549
Realme 2
4GB + 64GB
RM659
Realme 2 Pro
4GB + 64GB
RM849 RM699
Realme 2 Pro
6GB + 64GB
RM949 RM799
Realme 2 Pro
8GB + 128GB
RM1,099 RM899
Realme Earbuds RM39 RM29
Realme Bagpack RM199 RM149
Realme T-shirt RM39.90 RM9.90
BACA  Tempahan awal ROG Phone II datang dengan Kunai percuma dan baucer bernilai RM200

Jangan lupa untuk mendapatkan produk Realme dengan harga istimewa, pada 6 dan 7 Mac 2019, hanya di Stor Rasmi Realme di Shopee. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Realme Malaysia.