• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wakil Telefon Berkamera 48MP Dari OPPO Akan Tiba Di Malaysia Seawal Mac 2019

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:31 am
  • 05/03/2019
  • Komen
Wakil Telefon Berkamera 48MP Dari OPPO Akan Tiba Di Malaysia Seawal Mac 2019
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO F11 Pro dijadualkan dilancarkan di India hari ini dan OPPO Malaysia memaklumkan bahawa telefon ini akan mendarat di pasaran Malaysia seawal Mac 2019 ini. Ia adalah telefon pertama daripada OPPO yang diberikan kamera 48MP.

Antara ciri yang bakal diketengahkan adalah seperti gambar portret yang padu dalam keadaan malap. Fungsi Super Night Mode turut bakal jadi faktor pelaris kepada telefon midrange daripada OPPO ini.



Tiada maklumat rasmi tentang spesikasi telefon ini kecuali beberapa khabar angin yang bertiup kencang. OPPO F11 Pro dijangkan menggunakan CPU MediaTek Helio P70 bersama-sama RAM sekurang-kurangnya 6GB dan storan sehingga 128GB.

Paparannya sebesar 6.5″ berbingkai nipis dan tiada notch. Kamera selfie 16MP disembunyikan menggunakan mekanisme mekanikal yang terpacul keluar di bahagian atas telefon. Kamera belakangnya adalah dwikamera 48+5MP.



Bateri berkapasiti 4,000mAh didakwa menguasakan telefon ini tapi malangnya masih menggunakan mikro-USB untuk mengisinya. Walau bagaimanapun, OPPO dijangka menyertakan VOOC 3.0 yang mungkin dapat memenuhi keperluan pengecasan anda.

OPPO F11 Pro dijadualkan diumumkan di Mumbai pada 10:00 malam ini waktu Malaysia.

Tags: oppooppo f11oppo f11 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023
Wakil Telefon Berkamera 48MP Dari OPPO Akan Tiba Di Malaysia Seawal Mac 2019

Wakil Telefon Berkamera 48MP Dari OPPO Akan Tiba Di Malaysia Seawal Mac 2019

5 Mac 2019
TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

27 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER