fbpx

19 Mac sah hari pelancaran Redmi Note 7 di Malaysia

Mi Malaysia hari ini telah mula menaikkan kain bidang untuk majlis pelancaran produk baru mereka, Redmi Note 7. 19 Mac 2019 dicetak jelas pada banner kempen tersebut menandakan tarikh majlis pelancaran diadakan.

Persoalannya sekarang, versi yang mana kah akan datang ke Malaysia?

Redmi Note 7 pertama kali dilancarkan di China dengan kuasa Snapdragon 660 dan kamera belakang 48MP+5MP. Tidak lama kemudian, ia dilancarkan di India, tetapi dengan dua model.

Model pertama ialah Redmi Note 7 dengan kuasa Snapdragon 660 tetapi kamera belakang 12MP+2MP. Model kedua digelar Redmi Note 7 Pro, dikuasakan cip Snapdragon 675 dengan kamera belakang 48MP+5MP.

Lain-lain perkara adalah sama untuk semua jenis Redmi Note 7 China dan India. Ia memiliki skrin 6.3-inci bertakuk kecil, kamera hadapan 13MP, bateri 4,000mAh, port USB-C dan jek audio 3.5mm.

Kami jangkakan, Redmi Note 7 versi China akan dipilih sebagai versi antarabangsa, juga yang akan sampai di Malaysia. Ini berdasarkan tweet dari Xiaomi Global, yang menjelaskan ciri-ciri Redmi Note 7 ialah Snapdragon 660 dan kamera belakang 48MP+5MP. Bagaimana, anda setuju?

Persoalan seterusnya ialah harga. Untuk versi China, harga Redmi Note 7 dijual di China seperti berikut:

  • RAM 3GB + Storan 32GB – RMB999 (~RM603)
  • RAM 4GB + Storan 64GB – RMB1199 (~RM724)
  • RAM 6GB + Storan 64GB – RMB1399 (~RM845)

Jadi kami jangkakan, jika model yang sama tiba di Malaysia, ia akan dijual pada harga:

  • RAM 3GB + Storan 32GB – RM749
  • RAM 4GB + Storan 64GB – RM899
  • RAM 6GB + Storan 64GB – RM999
BACA  Gelang kecergasan Mi Band 4 telah mula dijual di Malaysia

Kalau benar telahan kami, Redmi Note 7 akan dijual di bawah RM1,000. Mungkin akan ada lebih kurang dalam RM50 untuk harga ini. Ini akan mencetuskan perang baru untuk telefon pintar terbaik di bawah RM1,000.

Apakah anda bersetuju dengan pendapat kami di atas? Jika anda ada pandangan lain, kongsikan dengan kami di ruang komen.