• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 7 akan datang dengan kamera depan tersembunyi

  • OLEH Najib
  • 2:52 pm
  • 06/03/2019
  • Komen
OnePlus 7 akan datang dengan kamera depan tersembunyi
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus akan melancarkan model baru telefon pintar mereka tidak lama lagi, iaitu OnePlus 7. Ia dikhabarkan akan menggunakan skrin nirbingkai hujung ke hujung dan memiliki kamera hadapan yang boleh disembunyikan.

Gambaran awal tentang rupa luaran OnePlus 7 kini didedahkan oleh pembocor berita bersiri, @OnLeaks menerusi laman web Pricebaba.



Rupa OnePlus 7 ini tidak banyak berbeza dengan OnePlus 6T, kecuali kehilangan takuk. Kamera hadapannya tersorok di belakang skrin, menggunakan modul kamera bermotor yang boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Konsep ini sama seperti Vivo V15 Pro.

Beberapa maklumat yang dikongsi @OnLeaks ialah seperti skrinnya berukuran 6.5-inci, dengan nisbah skrin ke badan setinggi 95%. Tidak diberitahu pula resolusinya, tetapi dijangka ia hanyalah HD Penuh+.



Di belakangnya, OnePlus 7 kini menggunakan tiga kamera dengan bingkai kamera yang agak tebal. Pengimbas capjari tidak kelihatan di belakang, memberi petunjuk ia meneruskan penggunaan pengimbas capjari di dalam skrin seperti di One Plus 6T.

Bahagian bawah telefon dapat dilihat port USB-C bersama jeriji pembesar suara. Ia dijangka datang dengan pengecas pantas Warp Charger 30W, tetapi tiada berita tentang pengecasan wayarles. OnePlus 7 akan dipasang bateri 4,150mAh yang boleh memberi tenaga seharian.

OnePlus mensasarkan untuk menjadi pengeluar pertama telefon 5G di Eropah. Jadi versi 5G pasti akan diumumkan semaa pelancaran OnePlus 7 kelak.

[Sumber: Pricebaba, @OnLeaks]

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 7 akan datang dengan kamera depan tersembunyi

OnePlus 7 akan datang dengan kamera depan tersembunyi

6 March 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN