• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton Tawarkan Kereta Dilengkapi eSIM Dan Ia Mungkin Termurah Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:00 am
  • 13/03/2019
  • Komen
Proton Tawarkan Kereta Dilengkapi eSIM Dan Ia Mungkin Termurah Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Proton X70 adalah produk pertama yang hadir selepas pengambilalihan perusahaan kereta nasioanl oleh Geely. Salah satu yang unik dengan X70 adalah ia dilengkapi sistem infotainment berasaskan Android dan boleh berhubung dengan rangkaian LTE melalui eSIM. Tapi tahukah anda yang sistem yang sama turut akan boleh ditemui pada model baru Proton Persona dan Proton Iriz?

Jika benar, kedua-dua model ini bakal jadi kereta dengan fungsi eSIM yang mungkin termurah dalam pasaran kita.



eSIM adalah satu ciri yang ada dalam peranti yang membuang keperluan SIM fizikal untuk berhubung dengan servis LTE. Menggunakannya, sistem infotainment kereta boleh mendapatkan sambungan Internet sama seperti telefon anda.

Proton Iriz



Proton Persona

Maka, anda boleh gunakan fungsi-fungsi pintar seperti pembantu maya, navigasi, dan memainkan lagu dari servis awan. Paparan sebesar 7″ bakal menghiasi bahagian tengah dashboard dengan fungsi sesentuh untuk mengawalnya.

Walaupun tiada maklumat harga dikongsikan, berkemungkinan besar ia tidak lari terlalu jauh daripada harga semasa kedua-dua model itu nutuk 2018. Contohnya, varian tertinggi Proton Persona 1.6 Premium CVT dan Iriz 1.6 Premium CVT adalah kurang dari RM55,000.

Kedua-dua model sudahpun dimulakan tempahannya sehingga 22 Mac 2019 pada harga serendah RM9.90.

Tags: automobileSimprotonproton irizproton persona
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Proton Tawarkan Kereta Dilengkapi eSIM Dan Ia Mungkin Termurah Di Malaysia

Proton Tawarkan Kereta Dilengkapi eSIM Dan Ia Mungkin Termurah Di Malaysia

13 March 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN