• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon lipat Motorola Razr paling praktikal dan rendah kos

  • OLEH Najib
  • 2:19 pm
  • 13/03/2019
  • Komen
Telefon lipat Motorola Razr paling praktikal dan rendah kos
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna telefon pasca tahun 2000 pasti mengenali Razr, telefon nipis keluaran Motorola. Ia sudah lama dikhabarkan akan kembali, tetapi bukan sebuah telefon pintar biasa. Rancangannya, Motorola Razr yang baru ini akan tampil dengan skrin boleh lipat.

Dunia mula heboh dengan telefon pintar yang memiliki skrin boleh lipat, selepas Samsung melancarkan Galaxy Fold dan Huawei pula memperkenalkan Mate X bulan lepas. Ianya bukanlah prototaip, sebaliknya unit yang akan dijual pertengahan tahun ini.



Motorola dijangka akan menggunakan logo baru untuk telefon boleh lipat Razr. Buat masa ini, ia membawa kod nama Voyager. Tetapi apabila ia dikomersialkan, ia akan dikenali sebagai Razr.

Berbeza dengan konsep Galaxy Fold dan Mate X yang menukar telefon pintar kepada tablet, Motorola Razr dikatakan akan mengekalkan bentuk telefon pintar boleh lipat yang kecil. Berbanding gabungan skrin dan numpad, telefon ini akan memiliki skrin penuh menggantikan tempat numpad.



Ini ialah konsep telefon pintar paling praktikal, kerana ia masih sebuah telefon pintar selepas dibuka. Ia juga akan memiliki skrin kecil di luar, apabila telefon ditutup.

XDA Developers melaporkan, Voyager akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 710, dengan RAM antara 4GB atau 6GB. Skrin di dalam memiliki resolusi 2142×876 piksel, yang panjang menegak dan dilipat di tengah. Manakala skrin kedua di luar memiliki resolusi 800×600 piksel.

Baterinya pula sebesar 2,730mAh dan mungkin menyokong pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4.0+. Tetapi ia juga mungkin menggunakan pengecasan pantas TurboPower ciptaan Motorola sendiri.

Maklumat lain masih belum diperkatakan, tetapi dari paten yang telah dipohon Motorola, Razr akan memiliki satu kamera di belakang dan satu kamera di dalam.

Harga jualannya dijangka sekitar USD1,500 (~RM6,136). Untuk perbandingan, Galaxy Fold akan dijual pada harga USD1,980 (~RM8,100) manakala Mate X pula berharga EUR2,299 (~RM 10,614).

Jika menjadi kenyataan, Motorola Razr adalah telefon pintar yang pasti diminati ramai. Ia masih mengekalkan saiz telefon pintar yang mudah digenggam sebelah tangan, dan dibuka menjadi sebuah telefon pintar biasa. Malah, harganya lebih mampu dimiliki, untuk mereka yang sanggup berkorban untuk mencuba teknologi baru yang mahal.

Buat masa ini, masih belum ada tarikh pelancarannya tetapi ia sudah pasti akan dijual di tanah kelahirannya, Amerika Syarikat.

[Sumber: XDA Developers]

Tags: MotorolaRazr
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER