• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Mini 2019 lebih kecil tapi ada kuasa sehebat iPad Air baru

  • OLEH Najib
  • 8:33 pm
  • 19/03/2019
  • Komen
iPad Mini 2019 lebih kecil tapi ada kuasa sehebat iPad Air baru
Share on FacebookShare on Twitter

Selain iPad Air yang baru, Apple turut melancarkan satu lagi tablet lama yang diperbaharui, iPad Mini. Ia masih memiliki skrin kecil 7.9-inci dengan perkakas yang sama dengan iPad Air 2019.

Rupa hadapan juga masih seperti iPad yang lama, memiliki butang Home dengan pengimbas capjari Touch ID. Skrin yang baru ini memiliki kecerahan setinggi 500 nits dan menyokong True Tone untuk paparan yang lebih selesa dilihat di bawah kecerahan berbeza.



Di dalam, ia memiliki kuasa cip Apple A12 Bionic yang sama dengan iPad Air 2019 dan iPhone XS. Tablet cilik ini juga menyokong Apple Pencil generasi pertama, tetapi ia tidak boleh digunakan bersama Apple Smart Keyboard. Jika mahu, anda boleh mendapatkan papan kekunci Bluetooth yang lain.

Kameranya juga sama dengan iPad Air 2019. Kamera belakangnya dilengkapi sensor 8MP F2.4 yang boleh merakam video 1080p, manakala kamera hadapannya 7MP dan menyokong FaceTime HD.



Ketebalan iPad Air baru ini hanyalah 6.1mm dan baterinya boleh bertahan untuk penggunaan sehingga 10 jam.

Terdapat tiga warna disediakan iaitu Emas, Perak dan Space Grey. Storan boleh dipilih antara 64GB dan 256GB. Untuk versi selular, ia menyokong dua SIM gabungan kad SIM nano dan eSIM.

Tarikh jualan iPad Mini 2019 di Malaysia masih belum ditetapkan tetapi harganya telah tersenarai di Stor Online Apple Malaysia seperti berikut:

iPad Mini 2019

  • 64GB WiFi – RM1,699
  • 256GB WiFi – RM2,349
  • 64GB WiFi + Selular – RM2,249
  • 256GB WiFi + Selular – RM2,899

Aksesori

  • Apple Pencil (1st Gen) – RM379
  • iPad mini Smart cover – RM189
Tags: appleipadiPad Mini 2019
Najib

Najib

POPULAR

iPad Mini 2019 lebih kecil tapi ada kuasa sehebat iPad Air baru

iPad Mini 2019 lebih kecil tapi ada kuasa sehebat iPad Air baru

19 March 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN