• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 juta pengguna app myDigi dirai dengan promosi dan ganjaran RM3

  • OLEH Najib
  • 11:29 am
  • 20/03/2019
  • Komen
3 juta pengguna app myDigi dirai dengan promosi dan ganjaran RM3
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi MyDigi dari Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mencapai 3 juta pengguna aktif sebulan sejak diperkenalkan pada tahun 2016. Aplikasi ini menjadi pusat sehenti pengguna Digi untuk menguruskan akaun Digi mereka di samping menikmati ganjaran eksklusif dan tawaran hebat.

Untuk meraikan pencapaian ini, Digi menyediakan beberapa hadiah untuk pengguna setia mereka. Antaranya, sebanyak 2 unit telefon pintar terhad OPPO Find X Lamborghini Edition disediakan untuk dua pelanggan Digi yang berbelanja paling banyak di dalam aplikasi MyDigi, dari 1 hingga 30 Mac 2019. Pengguna boleh berbelanja di ruangan Rewards atau Bestseller Offer. Terma dan syarat pertandingan boleh dirujuk di sini.



Sepanjang bulan Mac ini, Digi menawarkan pas harian RM3 untuk 3GB bagi berterima kasih kepada pengguna sempena pencapaian 3 juta ini.

Selain itu, Digi juga menyediakan tawaran bernilai RM3 dari pelbagai rakan niaga seperti Burger King, Krispy Kreme, Rotiboy, Photobook dan banyak lagi.



Aplikasi MyDigi telah dikemaskini dengan antaramuka baru yang memudahkan navigasi dan respon lebih pantas. Pengalaman penggunaan juga lebih baik dengan daftar masuk yang lebih selamat, menggunakan kata laluan dan nombor telefon.

Setiap pelanggan Digi akan menerima ganjaran dan tawaran yang direka khas untuk mereka, di bawah Box of Surprises dan MyDigi Rewards di dalam tab Deals. Ia disediakan dengan kerjasama lebih 500 jenama di lebih 7,000 lokasi di seluruh negara.

Pengguna Digi juga boleh berhubung dengan khidmat pelanggan Digi menerusi Live Chat di dalam aplikasi, dari pukul 10 pagi hingga 9 malam, atau membuat aduan bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut serta cara menggunakan aplikasi MyDigi dengan lebih berkesan, layari laman Direktori Penggunaan MyDigi.

Tags: digimyDigi
Najib

Najib

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
3 juta pengguna app myDigi dirai dengan promosi dan ganjaran RM3

3 juta pengguna app myDigi dirai dengan promosi dan ganjaran RM3

20 March 2019
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER