fbpx

Fasha Sandha Hanya Perlukan Telefon Untuk Tembak Foto Perkahwinannya

Pesanan ikhlas daripada Huawei Malaysia

Belum pun melewati separuh 2019, sudah berlambak telefon baru dilancar dan meraung-raung kata merekalah yang terbaik. Tapi jika ada dalam kalangan merka yang mendakwa merekalah yang menguasai arena fotografi, rasanya mereka perlu bersiap sedia dengan ketibaan HUAWEI P30.

Mana taknya, hebatnya telefon ini sehinggakan ia terlibat dalam sesi merakam detik bersejarah sepasang selebriti terkenal tanah air, Fasha Sandha dan Aidil Aziz. Foto perkahwinan bukanlah boleh dibuat mainan dan anda perlukan peralatan yang betul untuk tugasan yang betul.

Dalam salah satu utusan Instagram Fasha, kelihatan beberapa siri foto menarik yang nampaknya dirakam menerusi lensa HUAWEI P30. Bukan saja menarik, ia turut mendemonstrasikan keupayaan sebuah kamera telefon mengambil alih tugasan sebuah DSLR dalam mengambil gambar bersudut pandang biasa, zum, dan superzum!

Jika keadaan itu ingin direplikasikan secara konvesional, anda perlukan sekurang-kurangnya tiga buah lensa yang berlainan, tapi di P30, semuanya bersiap-sedia dengan hanya satu sentuhan di paparan.

Sungguhpun belum dilancarkan, Huawei P30 pastinya tidak akan mencalarkan reputasi kukuh Huawei dalam kategori fotografi. Tahun 2019 adalah tahun keempat kerjasama Huawei dan “otai” optik dimeterai dan Huawei P30 perlu sekurang-kurangnya sama baik ataupun lebih baik daripada Mate 20 Pro yang menduduki tangga tertinggi DxOMark dengan skor 109.

Huawei P30 Akan Mengolah Semula Hukum Fotografi Pada 26 Mac 2019

Sekitar MWC 2019 yang lalu, CEO Huawei Richard Yu mengutuskan gambar bulan penuh di akaun Weibo miliknya. Berdasarkan tera air pada gambar itu, ia dipercayai diambil menggunakan Huawei P30 dan ia akan miliki empat modul kamera. Jika tepat, P30 akan jadi telefon Huawei pertama dengan konfigurasi kuadkamera dalam pasaran.

BACA  Peranti Samsung miliki kelajuan internet lebih pantas dari Huawei dan Apple di Malaysia

Sedang hari pelancaran semakin dekat, sedikit demi sedikit maklumat berkaitan telefon yang akan gegarkan dunia fotografi poket terdedah. Berlandaskan tema “Rewrite the Rules”, ia jelas menunjukkan Huawei P30 akan mengangkat standard fotografi pada telefon pintar satu tahap ke atas menjauhi pesaingnya. Nantikan ketibaan Huawei P30 pada 26 Mac 2019.