• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Iterasi Kedua Telefon Gaming Black Shark Bawakan CPU Baru Serta Kamera 48MP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:55 pm
  • 20/03/2019
  • Komen
Iterasi Kedua Telefon Gaming Black Shark Bawakan CPU Baru Serta Kamera 48MP
Share on FacebookShare on Twitter

Black Shark adalah satu jenama yang bernaung di bawah payung Xiaomi untuk membangunkan produk yang dikhususkan untuk permainan video. Selepas Black Shark pertama dan Black Shark Helo sebagai naik taraf incremental, Black Shark 2 dilancarkan lantas menyegarsemulakan barisan Black Shark.

Paparan dengan tahap kesensitifan 240Hz



Secara keseluruhannya, Black Shark 2 membawakan spesifikasi flagship tahun 2019. Ia kini diperkasa Snapdragon 855 berbanding Snapdragon 845 pada edisi terdahulu. Daripada prestasi, anda boleh meletakkannya sebaris dengan flagship 2019 yang lain seperti Galaxy S10, Xperia 1, Mi 9 dan sebagainya.

Sistem penyejukan yang ditambah baik



Walaupun resolusi paparannya tetap pada HD Penuh, paparannya kini lebih memanjang dengan nisbah paparan 19.5:9. Ia menjadikan bahagian dahi dan dagu yang lebih nipis walaupun badannya tidak jauh berubah daripada segi dimensi fizikal.

Pad pengecas tambahan dengan kipas seperti Asus Aeroactive Cooler

Bahagian kamera juga terima satu tambah baik ketara. Ia menggunakan sensir Samsung ISOCELL GM1 yang mampu merakam gambar 48MP melalui pembelahan piksel. Selain kamera utama 48MP, ada juga kamera kedua 12MP F2.2 untuk membantunya. Kamera depan pula diperkasa sensor 12MP.

Dwikamera belakang dan pengimbas cap jari dalam paparan

Menguasakan segala kelengkapan elektronik ini adalah bateri berkapasiti 4,000mAh dan dicas pantas menggunakan pengecasan 27W.

Tiada maklumat tentang harga Black Shark 2 di Malaysia. Harga telefon ini di China, mengikut varian, adalah seperti berikut:

  • RAM 6GB + Storan 128GB – RMB 3,199
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RMB 3,499
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RMB 3,799
  • RAM 12GB + Storan 256GB – RMB 4,199

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Black Shark 2

[table “159” could not be loaded /]
Tags: black sharkblack shark 2blacksharkxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Iterasi Kedua Telefon Gaming Black Shark Bawakan CPU Baru Serta Kamera 48MP

Iterasi Kedua Telefon Gaming Black Shark Bawakan CPU Baru Serta Kamera 48MP

20 March 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN