Celcom tawarkan OPPO F11 Pro percuma dengan kontrak pelan

OPPO Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar F11 Pro semalam dan kini, ia boleh didapati secara percuma menerusi Celcom. Celcom menawarkan OPPO F11 Pro berharga RM1,399 secara percuma, menerusi kontrak pelan pascabayar Celcom.

Orang ramai yang berminat dengan tawaran percuma ini, boleh mendaftar kontrak selama 24 bulan dengan pelan Celcom Mobile Platinum Plus. Pelan berkadar RM188/bulan ini memberikan 100GB data sebulan dan 100GB Video Walla untuk penstriman video.

Ia juga boleh dimiliki dengan harga subsidi bersama kontrak pelan pascabayar Celcom yang lain. Jika anda tidak mahu mengeluarkan wang deposit, boleh mendapatkan F11 Pro melalui program ansuran Celcom EasyPhone, dengan bayaran RM54/bulan selama 24 bulan.

OPPO F11 Pro kini dibuka tempahan awal di Celcom dari 19 hingga 22 Mac 2019 dan akan dihantar bermula 30 Mac 2019. Tempahan dari 23 hingga 29 Mac pula akan dihantar bermula 1 April 2019. Celcom turut memberikan hadiah percuma berupa Adaptor Universal bernilai RM110 untuk tempahan awal, selagi stok masih ada.

Kepada yang berminat, boleh mendapatkan tawaran Celcom ini menerusi Stor Online Celcom, Celcom Bluecube, dan Celcom Certified Partners di seluruh negara.

OPPO F11 Pro ialah telefon pintar kelas pertengahan, dengan kuasa Mediatek Helio P70, RAM 6GB dan storan 64GB di dalam. Ia datang dengan bateri 4,000mAh dan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Kamera depan OPPO F11 Pro tersembunyi di belakang skrin seperti Vivo V15, menggunakan sensor 16MP. Manakala kamera belakangnya dwi-lensa 48MP+5MP.

Kenali lebih lanjut mengenai OPPO F11 Pro menerusi video kami di bawah.

BACA  Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini