• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 10i diperkenal dengan tiga kamera belakang

  • OLEH Najib
  • 8:02 pm
  • 21/03/2019
  • Komen
Honor 10i diperkenal dengan tiga kamera belakang
Share on FacebookShare on Twitter

Honor baru sahaja memperkenalkan satu lagi telefon pintar kelas pertengahan, yang dikenali sebagai Honor 10i. Ia memiliki tiga kamera belakang dengan spesifikasi yang sangat menyerupai Huawei Nova 4e yang baru dilancarkan minggu lepas.

Honor 10i memiliki skrin 6.21-inci HD Penuh+ dengan takuk kecil di atas. Ia dikuasakan cip pemproses Kirin 710 bersama RAM 4GB dan storan 128GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.



Kamera belakangnya memiliki spesifikasi yang serupa dengan Nova 4e. Kamera utamanya 24MP F1.8, kamera kedua pula bersudut ultra lebar 8MP F2.4 dan yang kamera ketiga mengesan kedalaman 2MP F2.4. Di hadapan, ia menggunakan kamera 32MP dan terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.

Kemasan belakang Honor 10i menggunakan efek kaca aurora dengan warna gradien. Pengimbas capjari terletak di belakang dan ia turut menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.



Bateri di dalam telefon ini berkapasiti 3,400mAh dan masih menggunakan port mikroUSB untuk mengecas. Yang baiknya, ia masih memiliki jek audio 3.5mm.

Buat masa ini, Honor 10i hanya kelihatan di laman web Honor Rusia. Tidak dapat dipastikan ketibaannya ke Malaysia. Ia akan mula dijual oleh Honor Rusia pada 22 Mac 2019, dengan harga jualan RUB19,990 (~RM1,270).

[Sumber: Roland Quandt, Honor Rusia]

Tags: honorHonor 10i
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Honor 10i diperkenal dengan tiga kamera belakang

Honor 10i diperkenal dengan tiga kamera belakang

21 March 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN