• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 8X, telefon 128GB termurah kini lebih murah

  • OLEH Najib
  • 5:14 pm
  • 21/03/2019
  • Komen
Honor 8X, telefon 128GB termurah kini lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak sangat telefon pintar dilancarkan dalam bulan ini, tapi ada bagusnya. Dengan tibanya model baru, maka model lama harus memberi laluan. Salah satu caranya ialah dengan menurunkan harga.

Honor Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga telefon pintar Honor 8X. Telefon pintar ini ialah peranti termurah dengan storan dalaman 128GB, kini menjadi lebih murah dengan harga barunya. Honor 8X kini RM100 lebih murah, dari RM949 kini menjadi RM849 sahaja.



Harga baru Honor 8X ini akan berkuatkuasa esok, 22 Mac 2019 dan boleh dibeli dari Stor Online Honor, Stor Fizikal Honor, serta di 11street, Lazada dan Shopee.

Honor 8X memiliki skrin yang sangat besar dan bingkai amat nipis. Skrin ini berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh+ dan memenuhi 91% ruang hadapan, bersama takuk di atas.



Kuasa dalamannya digerakkan oleh CPU Kirin 710 berkuasa GPU Turbo, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga memiliki tiga slot kad, menerima dua kad sim nano dan satu kad mikroSD serentak.

Kamera belakangnya menggunakan dwi-lensa 20MP+2MP F1.8 berkuasa AI, bersama fungsi Super Night Shot seperti di Huawei P20 dan juga Super Slow Motion sehingga 480fps. Kamera hadapan pula berlensa tunggal 16MP.

Bateri sebesar 3,750mAh dipasang di dalamnya dan dicas melalui sambungan mikroUSB. Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang.

Honor 8X boleh dipilih dari 4 jenis warna iaitu Hitam, Biru, Merah dan Phantom Blue. Jangan lupa untuk mendapatkan peranti dengan storan 128GB ini dari pengedar sah Shopee bermula 22 Mac 2019.

Tags: honorhonor 8X
Najib

Najib

POPULAR

Honor 8X, telefon 128GB termurah kini lebih murah

Honor 8X, telefon 128GB termurah kini lebih murah

21 March 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN