• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Airpod G1 kini lebih murah dengan harga di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 12:03 pm
  • 22/03/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple baru melancarkan generasi kedua fon kepala Airpod mereka. Walaupun ia masih lagi belum dijual di Malaysia, model lama Airpod kini dilihat telah mula dijual lebih murah.

Pengedar sah Apple di Malaysia, Machines dan Switch telah mula menjual Airpod Generasi pertama pada harga dari RM649 kepada RM599. Jika anda mahu nilai terbaik, Mac City menawarkannya pada harga RM588 di Lazada.



Airpod generasi pertama menawarkan masa bermain muzik sehingga 5 jam, sama seperti generasi kedua. Case penyimpannya membolehkan ia dicaj berulang kali untuk penggunaan sehingga 24 jam.

Model lama Airpod turut boleh berinteraksi dengan Siri, tetapi ia memerlukan butang ditekan dua kali. Model yang baru hanya memerlukan panggilan, Hey Siri.



Airpod sangat mudah digunakan dan dihubungkan dengan iPhone. Hanya letaknya berhampiran dan iPhone boleh mengesan dan berhubung untuk mula menggunakan.

Airpod menggunakan sambungan port lightning untuk mengecas case penyimpan. Tetapi ia kini ditawarkan dengan case penyimpan yang menyokong pengecasan wayarles Qi. Ia serasi digunakan dengan generasi pertama dan case wayarles ini boleh dibeli pada harga RM439.

Airpod generasi kedua akan dijual di Malaysia pada harga RM879 dengan case wayarles dan RM699 bersama case biasa yang dicas berwayar.

Airpod generasi kedua masih belum dijual di Malaysia tetapi ia telah tersenarai di laman Apple Malaysia. Adakah anda sanggup menunggu ataupun terus membeli Airpod lama dengan harga yang lebih murah sekarang?

Tags: Airpodapple
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025

Apple Airpod G1 kini lebih murah dengan harga di bawah RM600

22 March 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER