• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Airpod generasi kedua kini tanpa wayar sepenuhnya

  • OLEH Najib
  • 10:54 am
  • 21/03/2019
  • Komen
Apple Airpod generasi kedua kini tanpa wayar sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Apple dan pemilik iPhone kini boleh menikmati audio dengan lebih bebas apabila Apple baru mengumumkan fon kepala baru mereka, Airpod generasi kedua. Ia masih menggunakan rekaan yang sama tetapi kini ditambah fungsi yang lebih menarik.

Apple Airpod yang baru ini dikuasakan cip H1 yang baru, direka untuk sambungan tanpa gangguan dan masa bercakap lebih lama, sambil berbicara dengan pembantu digital Siri. Lebih baik lagi, ia kini datang dengan case pengecas wayarles. Ia membolehkan case ini dicas tanpa wayar bersama mana-mana pengecas wayarles yang serasi dengan teknologi wayarles Qi.



Untuk memainkan muzik, Airpod yang baru ini masih memiliki waktu mendengar yang sama, sekitar 5 jam. Bersama bateri dari case, ia boleh memberi tenaga untuk masa mendengar sehingga 24 jam. Masa mengecas juga masih sama dengan yang dulu. Pengecasan selama 15-minit akan memberi masa mendengar sehingga 3 jam

Bagi panggilan, cip H1 yang baru ini boleh memberikan masa bercakap sehingga 3 jam yang menurut Apple, 50% lebih lama dari model lama. Jika anda sering bertukar peranti, Airpod yang baru ini boleh bersambung 2x lebih pantas berbanding model lama yang menggunakan cip W1.



Satu lagi fungsi baru yang ditambah ialah kebolehan menukar lagu, membuat panggilan, mengubah tahap bunyi serta bertanya petunjuk arah dengan arahan ‘Hey Siri’.

Apple Airpod generasi kedua bersama case pengecas wayarles berharga RM879 di Malaysia. Pembeli juga mempunyai pilihan untuk membeli Airpod baru dengan case pengecas biasa tanpa pengecas wayarles berharga RM699.

Malah, Apple turut menjual case pengecas wayarles sahaja, dengan harga RM439 dan ia serasi digunakan dengan Airpod generasi pertama. Case pengecas wayarles yang baru ini datang dengan lampu LED jadi mudah untuk mengetahui ia sedang megecas.

Walaupun semua Airpod baru dan casenya telah disenaraikan di laman web Apple Malaysia bersama harganya, ia masih belum boleh dibeli sekarang.

Tags: Airpodapple
Najib

Najib

POPULAR

Apple Airpod generasi kedua kini tanpa wayar sepenuhnya

Apple Airpod generasi kedua kini tanpa wayar sepenuhnya

21 March 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN